[VIDEO] Susulan Isu Nafkah Anak DDNK, Rita Rudaini Pula ‘Buka Mulut’ Bekas Suami Cuma Beri… – Lubuk Viral

Baru-baru ini, tular isu mengenai jutawan dan pakar saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan (DDNK) yang did4kwa hanya memberikan sejumlah RM5000 untuk dua bulan kepada anaknya sebagai nafkah.

Malah, isu ini turut menarik perhatian ramai pihak termasuk pelakon Rita Rudaini.

Menerusi akaun TikTok, Rita memuat naik tangkap layar artikel yang memaparkan tentang isu nafkah anak DDNK.

Rita meminta warganet untuk meneka jumlah nafkah yang diberi bekas suaminya, pemain bola sepak Aidil Zafuan kepada anak-anak mereka.

“Jutawan bagi nafkah anak RM5,000 je?! Ayooo… JDT player club tersohor lagi terpaling juara bagi nafkat dekat dua orang anak… cuba teka,” tulisnya.

Walaubagaimanapun, Rita dilihat tidak mended4hkan jumlah bayaran nafkah dalam hantarannya itu tetapi ada warganet mend4kwa bahawa Aidil hanya memberi nafkah sebanyak RM3,000 sahaja.

  

Namun, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 46, sempat menyatakan bahawa hak anak-anak akan dituntut di akh1rat kelak.

“Tapi sis… kita semua tuntut ‘di sana’… biarkan mereka bergumbira di dunia,” ujarnya ringkas.

Video:

Menjengah di ruangan komen pula, kelihatan ramai ibu tunggal berkongsi mengalami isu yang serupa berkaitan dengan nafkah anak-anak.

Terdahulu, Rita telah mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 2008.

Namun, hubungan perkahwinan mereka tidak bertahan lama apabila mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang putera iaitu Airit Rayyan Rizqin, 13 dan Airit Qaqa Arjuna, 11.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: xtra.com.my