Hadir Di Konsert GV9, Sharnaaz & Shila Amzah Sempat Dibah4n Kak Lina – Lubuk Viral

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai konsert Gegar Vaganza musim ke-9 apabila gamat dengan kemunculan pelakon dan pengacara Elly Mazlein yang menggantikan Jihan Muse sebagai hos.

Semalam, penampilan pelakon Sharnaaz Ahmad di konsert GV9 menjadi perhatian apabila diusik oleh Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina bersama bekas kekasihnya, Shila Amzah.

Sebaik sahaja Shila Amzah selesai membuat persembahan, Kak Lina mengusik Sharnaaz yang berada di kerusi penonton kehadiran dia ke konsert tersebut.

“Sharnaaz datang tak akan nak tengok Kak Lina kan? Shila okay? Kadang-kadang malu itu boleh jadi balik,” usiknya.

Menerusi video dimuat oleh pengguna di TikTok, Sharnaaz dilihat sedang duduk bersebelahan dengan pelakon Emma Maembong sambil memakai cermin mata hitam.

Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan usikan Kak Lina itu. Malah, ada yang mengatakan keadaan akan lebih kecoh jika Nabil Ahmad ada di pentas ketika itu.

Dalam pada itu, ada yang terhibur dengan Emma yang berada di sebelah yang Sharnaaz yang ketawa sakan dengan usikan tersebut.

Sementara itu, ada segelintir netizen setuju dengan apa yang diperkatakan Kak Lina serta mendoakan agar keduanya dijodohkan semula.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://www.rotikaya.com/