Bukan hanya minggu pertama Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang ditayangkan bermula minggu lalu menjadi perbualan ramai di media sosial malah kesan minggu kedua oleh 13 peserta membuat persembahan di pentas juga hangat diperkatakan ramai sejak malam tadi.
Penyanyi, Shila Amzah juga nampaknya tular di media sosial selepas dia mendendangkan lagu berjudul Getaran Cinta Di Jiwa dan memperoleh markah peserta ketiga tertinggi.
View this post on Instagram
Tetapi tidak hanya persembahan Shila Amzah mendendangkan lagu tersebut sahaja yang menjadi tumpuan peminat malah kehadiran pelakon, Sharnaaz Ahmad juga membuatkan peserta GV9 tersebut tular di media sosial. Mana tidaknya, sempat pula Kak Lina mengusik kedua-dua selebriti berkenaan sehingga Shila Amzah mahupun Sharnaaz Ahmad tersipu malu.
Walau bagaimanapun, muat naik yang memaparkan reaksi Shila Amzah selepas persembahan di GV9 minggu kedua ini menarik perhatian ramai tentang reaksi selepas kehadiran Sharnaaz Ahmad membuatkan mereka menjadi tumpuan dan dalam pada itu, gelagat comel Shila Amzah juga dipuji ramai.
Video dikongsikan melalui akaun buzzingmalaysia tersebut bagaimanapun membuatkan warganet hadir dengan pelbagai reaksi positif terhadap Shila Amzah kerana dia dikatakan professional menghadapi situasi itu dan cara dia menjawab pertanyaan juga dipuji oleh warganet diruangan komen.
“Comel je…”
“Aku suka…”
“Sopan sangat…”
“Manjalah Shila…”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral
Sumber:HCL