“Jiwa Saya Remvk Apabila Dapat Tahu” – Catriona Ross Kongsi Kisah Ketika Anak Disahkan Hid4p Aut1sme – Lubuk Viral

Pelakon Catriona Ross berkongsi kisahnya menghadapi saat-saat sukar apabila anak keduanya, Jammal Raess disahkan Avstisme di usia 2 tahun.

Berkongsi kembali kisah 8 tahun lalu dalam sebuah temu bual, Catriona bercerita mengenai perasaanya ketika mendapat tahu anaknya disahkan Avtisme nonverbal (tidak boleh bercakap lebih daripada beberapa perkataan) oleh pakar.

“Ketika mula dapat tahu, peningnya saya hanya tuhan sahaja tahu, jiwa saya remvk apabila dapat tahu anak saya Avtisme.

“Saya buat temu janji dengan beberapa pakar dan berjumpa pakar yang pertama dan pakar mengesahkan anak saya avtisme selepas buat pemeriksaan.

“Ketika itu saya rasa lutut saya lemah sangat sedangkan saya sedang duduk dan saya rasa nak rebah. Saya pandang suami, suara saya tiba-tiba ‘sayang, saya tak boleh bernafas’.

“Saya ingat lagi saat itu, ingatkan saya duduk dah okey. Saya pandang suami dan cakap ‘saya tiada nafas’, suami saya minta saya sabar, dan saya ingat saya cakap ‘I think I’m gonna d1e,” kongsi Catriona.

Tidak berputus asa dan mahu puaskan hati, Catriona mengajak suami berjumpa dengan pakar lain namun tetap keputusannya sama.

“Bila dengar keputusan itu, saya akui ia takdir saya.

“Pada hari pertama, saya n4ngis sepuas-puasnya sebab ia bukanlah sesuatu yang kita mahukan apatah lagi bila saya rasa saya dah lakukan yang terbaik sebagai seorang ibu,” cerita Catriona.

Menerusi temu bual itu, Catriona juga mended4hkan dia selalu bertanyakan kepada sahabatnya yang juga seorang pelakon iaitu Zarina Zainuddin bagaimana untuk berhadapan dengan anak avtisme ini.

“Nasib baik ada seoarang kakak yang saya sangat sayang dan berterima kasih sampai sekarang.

“Saya juga ada menghubungi Fynn Jamal lapan tahun lalu untuk bertanyakan tentang avtisme.

“Dua insan inilah yang beri banyak info sekali gus membuatkan siapa diri saya sekarang yang sangat terbuka, berani dan kuat,” ujarnya.

Catriona juga bersyukur kini Raess boleh berdikari seperti menguruskan diri sendiri biarpun tidak boleh bercakap dengan baik.

“Mudah-mudah Raess lebih berdikari dan mengurus diri sebab sekarang saya tak risau apabila dia mandi dan pakai baju walaupun kadang-kadang pakai baju terbalik.

“Paling saya gembira sekarang apabila saya boleh bawa Raess bercuti dan dia suka sangat,” tambah Catriona.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross)

Catriona mendirikan rumah tangga bersama Shaharuddin, pada 2009 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sephia Rania, Jamal Raess, dan Edruce Riyadh.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://www.mediakita.dnq.news/