Ada Pertikaian Bob Lokman Cicit Tok kenali, Sekali Asal Usul Bob Lokman Terjawab Bila Penulis Dedah Benda Ni- Lubuk Viral

BOB LOKMAN meningg4l dunia. Di Kelantan.

Begitu khabar dvka yang diterima media sekitar pukul 2.51 petang, Jumaat nan mulia ini.

Al Fatihah, begitu khabar duka itu dibalas oleh para media.

Bagi generasi masa kini, Bob Lokman bukan siapa siapa, malah mungkin langsung tidak dikenali rupa dan sosoknya seperti apa.

Namun buat karyawan seni tanah air dari penikmat karya, pelawak hingga muzik, berpulangnya Allahy4rham Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman umpama kehilangan emas permata.

Masakan tidak, untuk memperkenalkan Allahy4rham yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 58 tahun, cukuplah kami sua dengan judul lagu Isabella yang ditulisnya sewaktu baru berumur 25 tahun dari kugiran rock tersohor, Search.

Ya, Isabella yang membawa Search terkenal sehingga ke Indonesia, itulah lagu yang ditulis liriknya oleh Allahy4rham dengan Datuk M.Nasir sebagai ‘dalangnya’.

Sepanjang hayatnya, Bob Lokman memang begitu akrab sebagai penulis lirik bagi kugiran rock. Allahy4rham malah diketahui telah menulis sekitar 350 lirik untuk penyanyi tanah air.

Selain Search, Wings dengan deretan lagu termasuk yang cukup fenomena, Taman Rashidah Utama dan Intan, Ku Kesepian, Allahy4rham juga memercikkan magis dalam penulis lagu Warisan

Wanita Terakhir nyanyian penyanyi dari Singapura, Teacher’s Pet.

Jika baktinya sebagai penulis lirik yang menzahirkan banyak maksud tersurat dan tersirat masih belum lagi membawa kalian mengenal siapa Bob Lokman, barangkali naskhah seperti Getaran yang ditayangkan pada tahun 2001 mengimbau anda kepada figura bertubuh gempal yang mesra dan mudah tersenyum ini.

Juga, bagaimana Allahyarham penuh dengan sikap humor namun begitu menyantuni rakan karyawan seni setiap kali dihadirkan sebagai juri dalam program realiti.

Namun, beberapa tahun kebelakangan, seiring faktor usia meningkat, Allahyarham tidak begitu aktif dalam dunia seni berikutan beberapa komplikasi dan peny4kit.

Umum mengetahui yang Bob berasal dari Kelantan dan cicit ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali. Bapa saudaranya Wardi Ahmad pernah menjadi ADUN Lundang.

Namun timbul sedikit pertikaian mengenai asal usul Bob Lokman. Tampil menjernihkan keadaan, seorang penulis di kenali sebagai Tengku Daeng Mawelle tampil memberi pencerahan

“Saya buat post ni sebab ada yang pertikaikan dan berkata pada saya jangan “memandai²” Kononnya

“Allahyarham Bob Lokman bukannya cicit kepada Tok kenali . Siap m4ki saya lagi,Tak tahulah apa masalahnya.

“Nama sebenar Bob Lokman adalah Mohd Hakim Bin Haji Lokman Bin Tuan Guru Haji Ahmad @Tok bakok Bin Tuan Guru Muhammad Yusuf @ Tok Kenali.

“Datuk kepada Bob Lokman adalah Tuan Guru Haji Ahmad @ Tok Bakok yang merupakan anak sulung kepada Tok Kenali.

“Walaupun arw4h bob lokman terjun dalam bidang seni atapun industri hiburan , dan menghabiskan separuh usianya didalam dunia hiburan tapi beliau tidak pernah tinggalkan agama. Di usia tuanya beliau banyak berdakwah dan membuat kerja² bantu masyarakat.

“Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi , Dan buah yang gugur takkan jauh dari pohonnya. Keberkatan dari keturunan yang soleh , berkat dari doa dan amalan datuk moyang kita itu juga sedikit sebanyak memberikan peranan penting buat keturunan kita. Setelah melalui berbagai ujian dalam kehidupan akhirnya Bob Lokman menghembuskan nafas terakhirnya pada hari jumaat semalam .

“Allahyarham Bob Lokman pernah membuat coretan ketika beliau s4kit ,

“Selepas segala kegembiraan dan kesedapan aku lalui, standard sudah berubah.Selera makan dan ghairah kehidupan sudah menurun sampai ke peringkat menunggu.

“Hari ini kau semua datang kembali dalam realiti dan kenangan dan aku mula mengerti bahawa hubungan kita tidak hanya sampai sini, cuma mungkin aku yang akan mendahului dengan faktor yang aku miliki.

“Sahabatku, terima kasih atas segala bantuan dan aku membalas dengan mohon hembuskan aku ke syurga dan doamu jika nama ku gugur dahulu di Lauhul Mahfuz.

“Semoga Allah mengampuni dosa²nya dan menerima segala amal ibadahnya ,dan menempatkan R0h Allahyarham Mohd Hakim Bin Lokman bersama hamba²Nya yang soleh .

“Bissiril Fatihah

*Jangan cepat menilai dan menghukum seseorang, jangan pandang serong pada anak seni kerana mereka ada cara tersendiri untuk membawa dan berdakwah agama islam.

*Kalau nak tahu serba sedikit mengenai perjalanan hidup arwah bob lokman cubalah cari bukunya Aku , Isabella dan Tok Kenali.

Saya kehilangan sahabat baik – Sabri Yunus

Dalam pada itu pelakon, Sabri Yunus menyifatkan pemergian Bob Lokman sebagai kehilangan besar kepada industri hiburan tempatan.

Kata pelakon drama Pok Ya Cong Codei itu, sumbangan Allahyarham terhadap industri hiburan terlalu besar, baik dalam bidang muzik, drama dan filem.

“Saya kehilangan seorang sahabat baik. Banyak sumbangannya kepada industri.

“Terlalu banyak kebaikan dalam diri arwah. Meskipun lama menghilang dari dunia seni, dia tetap ada untuk kawan-kawan satu industri,” katanya.

Bob atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman, 58, meningg5l dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan, akibat komplikasi j5ntung pukul 3 petang tadi.

Bob sebelum ini pernah dimasukkan ke H0spital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, berikutan bahagian atas j4ntungnya gagal berfungsi dengan baik.

April lalu, Allahy4rham menerima raw4tan di Unit Raw4tan Rapi (ICU) Pusat Raw4tan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuantan setelah kesihatannya merosot akibat masalah buah pingg4ng.

Allahyarham aktif sebagai penulis lirik bermula 1987 hingga 1996 dan antara lirik yang dihasilkannya termasuk Isabella nyanyian kumpulan Search, Taman Rashidah Utama (Wings), Kerana Cinta (Exists) dan Rendang Tak Berbuah (Hattan).

Bob juga pernah mencipta nama dalam bidang lakonan dengan membintangi tujuh filem antaranya Ye, Tuan!, Iskandar, Jin Notti dan Santau.

ANGELINE Tan (kiri), Sabri Yunus (dua dari kiri) merakam gambar kenangan bersama Allahy4rham Bob Lokman dan isteri, Relawati Daud (kanan).

Gemulah Bob Lokman dari mata Sabrii Ibn Yunus

“Ambo di Kuala Terengganu.. berita terbaca dalam fb.. Bob Lokman telah pergi ..kurang lebih jam 1 pagi tadi.. ya .. Bob telah kembali ke rahmat Allah dalam lena tidurnya..

Ramai juga kawan kawan yang call dan bertanya macam macam tentang Bob pada ambo.. sebenarnya ambo tak tahu nak jawab dengan kemas.. sebab terlalu banyak masa manis kami bersama..

“Saya kenal Bob ketika namanya sedang kemuncak. Isabela dan Taman Rashidah Utama sedang dihadami oleh peminat seni muzik dinegara kita..dalam tahun 90an..

“Sebuah telemovie arahan S Amin Sahab.. lakonan M Nasir.. watak seorang pelukis.. ambo juga watak pelukis.. Bob tak berlakon.. tapi isteri Bob ketika itu turut berlakon.. Bob dah biasa sangat dengan M Nasir dan S Amin Sahab.. di situ saya kenal Bob..

“Selepas itu Bob buat event.. Sehari Bersama Suzuki.. seluruh Malaysia kami tour.. ambo di bayar sebagai juru acara..Bob belum lagi buat kerja juru acara ni.. belum lagi buat kelakar atas pentas.. tapi ambo tahu dia kelakar..

“Pengarah Pi Mai Pi Mai Tang Tu,Zul Said nak arahkan satu filem.. Yes Tuan.. ambo kenalkan Bob pada Zul.. lakonan pertama Bob..

“Dari situ Bob try lakon komedi dalam Pi Mai Pi Mai Tang Tu.. tajuk Kaki Pau sangat viral dan menjadi.. dia bersama Osman Kering.

“Sewaktu ambo dan Ahmad Busu di jemput buat skesta komedi di majlis makan malam kelab umno jepun dan persatuan pelajar malaysia di jepun , ambo ajak Bob pergi sama.. Bob biayai tiket duit sendiri..

“Ambo ajak Bob buat lawak sama.. dia tak nak.. ambo kata orang bukan kenal pun .. lantaklah.. maka Bib beranikan diri buat lawak.. hahahhaha .. kami gelak sendiri.. penonton tak gelak pun.. itu

“Bob bermula di pentas lawak..

“Kali terakhir kami berlakon telemovie bersama , arahan Piere Andre .. masa tu Bob dah berubah.. dia dah pakai sarban dan berjubah.. kami ada borak borak pasal itu.. pasal s4kit lama dia..

“Dan masa memisahkan kita…

“Lepas raya puasa lepas , ada peluang ziarah Bob diKubang Kerian.. rumah sewaan Bob…itulah pertemuan terakhir kami…

“Semoga Bob damai dalam kasih Allah..”-Sabrii Ibn Yunus

Pada 8 April lalu, Bob Lokman dimasukkan ke Unit Raw4tan Rapi (ICU) Pusat Raw4tan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec@IIUM) di Kuantan, Pahang kerana mengalami masalah cepat penat.

Pada 21 April lalu, Allahy4rham berpindah ke Institut J4ntung Negara (IJN) untuk raw4tan lanjut.

amun, akibat kekangan kewangan dialami, beliau hanya mendapatkan raw4tan selama tiga hari di IJN dan keluar dari hospital serta balik ke Kelantan pada 24 April lalu.

Sebelum ini, beliau menjalani pembed4han memasukkan alat Implantable Autom4tic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan j4ntungnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor setar, Kedah, pada awal Disember 2020.

Berpulangnya Mohd Hakim Lokman dan mahu dikebvmikan di Tanah Perkubvran Islam Pulau Hilir Kubang Kerian pada 23 September 2022, di hari Jumaat meninggalkan banyak memori dan kedukaan bukan sahaja kepada balu, Relawati Daud dan tujuh cahaya mata serta seluruh orang yang mengenalinya.

Seorang pejuang seni tempatan yang pada akhir hayatnya berju4ng dengan komplikasi kesihatan namun seperti katanya dalam satu temu bual pada Julai 2022:

“Saya mahu tenang tenang sahaja dan positif dengan peny4kit ini.

“Semua raw4tan doktor telah saya lakukan. Tapi Allah maha mengetahui.

“Dalam hidup ini, semua orang akan m4ti jua.”

Begitu Bob Lokman, sang genius yang pernah lahir dalam belantika muzik tempatan dan menjadi pesohor seni menerima takdir hidupnya.

Semoga damai dan tenang di sana, Allahy4rham Bob Lokman. Al Fatihah dan salam takziah buat seluruh keluarga

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bartasangbad.site/