11 Tahun Bina Masjid, Sweetnya Ucapan Norman Hakim Pada Memey Suhaiza- Lubuk Viral

Pelakon Norman Hakim berkongsi video ‘throwback’ bersama isteri, Memey Suhaiza bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 pada hari ini.

Seiring dengan perkongsian indah tersebut, Norman menerusi Instagram turut menitipkan kata teristimewa buat isteri tersayang.

“Terima kasih Ya Khaliq untuk ‘pelayaran bahtera’ rumahtangga kami untuk tahun yang Ke-11 ,tahun Masihi pada hari ini.

“Alhamdulillah syukur untuk limpahan rahmat & kasih sayang Mu Ya Rahim.Permudahkanlah urusan ibadah,zakat,jariah & rezeki kami dalam mengejar Jannatul Firdausi Mu.Hijabkanlah kami didalam lindungan & rahmat Mu Ya Muhaymin.”

Norman pada masa sama turut mengucapkan terima kasih atas segala momen yang dikecapi mereka selama ini.

Terima kasih juga buat sahabat2 yang sentiasa mendoakan secara zahir & batin.Hanya Ya Dhul Jalaliwal Ikram sahaja yang mampu membalas segala kebaikan buat sahabat2 semua.

“Dan terima kasih makmumku..isteriku untuk segala pengorbanan & kesetiaan.Ampun maaf diatas khilaf sepanjang memimpin & membimbingmu dalam perjalanan menuju ke pengakhiran yang abadi.

“Ku mohon bantuan kerajaan Mu Ya Malik Ul Mulk didalam menyusuri perjalanan duniawi yang penuh dengan muslihat ini.

“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahan-Ku perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasan-Ku”- Surah Taha ayat 39,” tulis Norman di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Doa Mak Ayah Anak Isteri❤️ (@normanhakim_786)

Sementara itu, Memey juga turut memberikan dedikasinya buat Norman.

Hari mummy & papa. Alhamdulillah hari ni masuk 11 tahun usia perkahwinan kami. Syukur.. doakan yg baik2 untuk kami juga ye,” tulis Memey di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Sekadar informasi, Norman berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan peminat juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan sama cantik sama padan tersebut.

Komen netizen:

 

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: instagram normanhakim_796 dan diolah oleh Padu Gila