[VIDEO] “Bila Nak Kahwin?” Kecantikan Ira Kazar Raih Perhatian, Sekali Ini Yang Netizen Perasan- Lubuk Viral

Baru-baru ini, anak kepada pelakon senior Kazar Saisi, Ira Kazar memuat naik sebuah video ‘transition’ yang sedang trending dalam kalangan pengguna TikTok.

Menerusi video itu, Ira dilihat pada mulanya hanya memakai hoodie dan kemudian melakukan transisi mengenakan pakaian yang lebih cantik dan siap bersolek.

“My first transition video! Kita kan orang Melayu tak boleh tunjuk jari tengah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah komen-komen yang ditinggalkan warganet kepada Ira Kazar.

Ada segelintir yang menyatakan wajah Ira Kazar mempunyai persamaan dengan pengarah hebat, Syamsul Yusof.

Ada juga netizen nakal yang mengusik Ira dan mengatakan mereka tidak sabar untuk melihatnya berkahwin dengan Syamsul.

Tidak kurang juga ramai yang memuji kecantikan Ira dan menyatakan gadis tersebut memiliki kecantikan tersendiri dan menyamakan wajah Ira dengan Pak Samad.

Pak Samad merupakan karakter popular yang dilakonkan oleh bapanya, Kazar Saisi dalam siri 7 Hari Mencintaiku.

VIDEO :

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bartasangbad.site/