“Fatima Pernah Cakap Nak Baby..” – Fattah Amin Bersedia Utk Ank Keduan. Sekali Ini Pededahan Psl Fatima- Lubuk Viral

Pelakon terkenal Fattah Amin memberitahu sudah bersedia jika dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi.

Memetik laporan Boom, Fattah atau nama sebenar Abdul Fattah Mohd Amin berkata penambahan anak tidak mungkin berlaku dalam waktu terdekat kerana kesibukan bekerja.

Menurutnya, disebabkan tuntutan kerja juga, dia dan isteri iaitu Nur Fazura yang juga seorang se.lebriti tidak mempunyai masa untuk bersama anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya.

“Kita hanya mampu merancang saja. Kerana bagi saya, anak itu rezeki. Jika ada, jangan ris.au. Kami akan umumkan.

“Cuma sekarang ini, kami sangat sib.uk, untuk bawa Fatima keluar berjalan sebulan sekali pun tak sempat,” katanya.

Tambah Fattah, dia mendedahkan Fatima bakal memasuki usia dua tahun pada 2 Oktober dan seperti sudah bersedia untuk menerima kehadiran seorang adik dalam hidupnya.

“Fatima pun dah nak masuk dua tahun. Kadangkala bila lihat dia main dengan anak patung, gayanya seperti kakak sedang dukung adik. Lagipun dia pernah cakap nak baby,” ujarnya.

Namun, buat masa ini dengan kehadiran sepupu Fatima yang kerap datang kerumah untuk bermain bersama-sama mengurangkan rasa sunyi itu.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata bernama Nur Fatima Aisya yang bakal memasuki usia 2 tahun.

Sumber: Boom

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: xtra