Datuk Hattan Ded4h Kisah Sed1h Tentang Arw4h Bob Lokman “Dia Sedang Meniar4p Akibat Lvmpuh Dan Baru Lepas Bercer4i” – Lubuk Viral

PETALING JAYA – Penyanyi legenda, Datuk Hattan berkongsi pengalaman sedih apabila memberitahu lirik lagu Rendang Tak Berbuah yang ditulis oleh Bob Lokman dinukilkan ketika Allahy4rham sedang meniarap akibat str0k.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin memberitahu, sejarah lagu itu sangat menyedihkan kerana ketika itu arw4h baru sahaja bercer4i dengan isterinya dan lumpvh separuh badan.

“Ketika saya tiba di rumah arw4h, dia sedang meniarap akibat lvmpuh dan baru lepas bercer4i. Lagu ini merupakan rintih4n kepada ibu dia.

“Jadi saya tak boleh lupa bagaimana Bob menulis lirik ini tak sampai 45 minit. Fuh. Lagu ini ciptaan saya,” katanya ketika berkongsi pengalaman bersama peminat semasa membuat persembahan di Kepala Batas, Kedah anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semalam.

Menurut Hattan, lirik itu sangat dahsyat dari segi makna dan penghayatannya.

“Semoga Bob tenang di sana. Kita yang hidup teruskan perjuangan dan semoga kita semua dikurniakan khusnul khatimah (pengakhiran yang baik).

“Walaupun jas4d saya di sini, tetapi hati saya di Kota Bharu (rumah Bob Lokman). Bagaimanapun saya mempunyai tanggungjawab untuk menghiburkan peminat di sini (Kepala Batas),” katanya.

Dalam perkongsian itu, Hattan turut menyanyikan lagu itu tanpa muzik dengan penuh emosi.

“Boleh tak anda menyanyi tanpa muzik? Ibu mengertilah aku seng4ara lemas berendam air mata,” katanya.

Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd. Hakim Lokman, 58, menghembvskan nafas terakhir semalam di rumahnya di Kubang Kerian, Kota Bharu.

Penulis Lirik Lagu Terkenal Isabella, Rupanya Bob Lokman Adalah Cicit Ulama Besar, Tok Kenali

Pelakon dan penulis lirik terkenal, Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali dengan nama Bob Lokman sudah bersedia menghadapi apa jua cabaran apabila membuat keputusan pulang ke Kelantan.

Bob juga telah memohon maaf kepada semua kenalan industri seni jika dia ada melakukan kesilapan sepanjang aktif dahulu.

Sebelum ini ramai mengenali Bob sebagai seorang penulis lirik lagu-lagu tersohor zaman 80-90an.

Namun siapa sangka beliau juga adalah cicit kepada seorang ulama terkenal di Kelantan, Tok Kenali (1870 – 1933).

Tampil dengan mengubah sepenuhnya gaya hidup serta prinsip yang meyakinkan, Bob Lokman kini redha dan bersedia menerima ketentuan Allah swt.

Menurut beliau, kem4tian rakan seni secara mengejut membuatkan dirinya semakin mahu mendekati dan mentaati Allah.

” Allah yang memberikan rezeki dan Allah yang menarik semua itu, saya tidak takut atau bimbang begitu juga dengan isteri saya kerana dia redha dengan apa yang saya mahukan dalam hidup ini,” ujar Bob

Pada 19 Februari lalu, penulis lirik lagu ‘Isabella’ ini telah mengejutkan banyak pihak kerana telah menyerahkan borang menjadi ahli Pas kepada Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah pada Majlis Himpunan 30 ribu pemuda Pas di Kedah.

Imej baru beliau, berjanggut, berpakaian jubah, berserban dan bertongkat tidak seperti di zaman rokersnya berbaju t-shirt atau berkemeja dengan seluar jean sendat.

Pernah dilimpahi kekayaan

Tambah beliau, sebelum ini memang hidupnya senang dan dilimpahi kekayaan tetapi kekayaan itu membuatkan dirinya lupa dan lalai.

” Sebelum ini saya kaya, pendapatan 30 ribu hingga 50 ribu sebulan hasil perniagaan tetapi kekayaan itu tidak memberi ketenangan dan ketenteraman kepada saya.

” Kemudian saya jatuh, kejatuhan pertama menjadikan saya lupa dunia,” akuinya jujur.

Kemudian beliau kembali dilimpahi kekayaan yang berganda namun kekayaan itu membuatkan isterinya lari dan dirinya mengalami masalah tulang belakang hingga lumpvh selama lapan bulan.

” Kekayaan waktu itu tidak menjamin kebahagiaan kepada saya hingga isteri lari dan saya mengalami lvmpuh.

” Kejatuhan kali kedua ini membuatkan semangat saya bertambah kuat dan saya lebih mendekati Allah walaupun ketika itu pendapatan saya tidak ada langsung.

” Saya tahu semua itu adalah atas kehendak Allah, ada masanya dia beri dan ada masanya dia tarik, saya redha atas apa yang berlaku.

” Bagaimana pun saya tetap akan berusaha mencari rezeki yang bersesuaian dengan diri saya,” katanya.

Gambar (kiri) cucu-cucu Tok Kenali, gambar tengah Tuan Hj. Lokman ( bapa kepada Bob Lokman) dan gambar (kanan) dikatakan gambar terakhir Tok Kenali.

Sekilas info tentang Bob Lokman, cicit Tok Kenali

Bob berasal dari Kelantan dan cicit ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali. Bapa saudaranya Wardi Ahmad pernah menjadi ADUN Lundang.

Beliau pernah bersekolah di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang,Selangor. Beliau ialah ambilan pertama sekolah itu pada tahun 1977. Semasa di sekolah, bakat beliau menyerlah dalam sesi bahas dan pernah menjadi pembahas terbahas sekolah agama kerajaan negeri Selangor itu.

Pada tahun 1981 ketika di tingkatan lima, dia dibuang asrama dan sekolah. Selepas itu bersekolah swasta di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Pengalaman beliau semasa di sekolah ditulis dalam buku ‘Aku, Isabella dan Tok Kenali’. Buku Travelong Hidayah ini diterbitkan oleh Jundi Resources.

jenaz4h pelakon dan penulis lirik Bob Lokman, 58, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pulau Bunut, Kubang Kerian pada 9.30 malam ini.

Terdahulu jenaz4h Allahy4rham Bob Lokman atau lebih dikenali Mohd Hakim Lokman dimandi serta dikafan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian dan disolatkan di Masjid Kampung Pulau Hilir.

Lebih 100 ahli keluarga, rakan artis dan kenalan hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arw4h.

Antara artis turut hadir ialah Datuk M Nasir dan Datin Marlia Musa.

DATUK M Nasir turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahy4rham Bob Lokman. FOTO Hazira Ahmad Zaidi.

Sementara itu, M Nasir berkata, dia amat terasa dengan kehilangan arw4h dan beberapa bulan sebelum itu, dia sempat datang menziarahi arw4h dan ketika itu keadaan arw4h tidak begitu sihat

“Hubungan saya dengan arw4h dianggap seperti adik-beradik dan kami bertemu buat pertama kali pada tahun 1980-an sebelum arw4h bersama kumpulan Wings sebagai pengurus.

“Beberapa tahun kemudian, kami bertemu lagi dan arw4h masih bersama kumpulan Wings dan sejak itu hubungan kami terus rapat.

“Arw4h mempunyai pendirian dan setiap seni kata yang ditulis dalam lirik mempunyai keunikan kerana arw4h berfikiran tersendiri dan kebanyakan lagu ciptaannya juga menjadi siulan ramai,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkubur4n Kampung Pulau Bunut, Kubang Kerian, di sini, malam ini.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://www.mediakita.dnq.news/