“Sudah Terbukti!” Ini Senarai 10 Selebriti Wanita Tercantik Di Malaysia Sepanjang Zaman- Lubuk Viral

Kami senaraikan 10 selebriti wanita yang paling cantik di Malaysia.

1.  Erra Fazira

Kejelitaan primadona filem Melayu alaf baru ini memang tidak dapat disangkal lagi. Jika tidak masakan beliau menyandang gelaran Ratu Cantik Malaysia 1992. Biarpun kini sudah berhijab dan mencecah usia 40-an, namun kejelitaannya tetap terpelihara malah bertambah cantik mengalahkan anak dara. Wajah Erra pernah menghiasi kempen kosmetik terkemuka Avon dan Estee Lauder dan merupakan antara bintang sabun LUX yang paling menyerlah.

2. Camelia

Penyanyi jelita asal Sarawak ini lantas menjadi perhatian peminat seni tempatan bukan sahaja dengan alunan suaranya yang merdu, tetapi kejelitaan wajah Asianya turut menjadi bualan seluruh dunia. Dek wajah mulusnya nan jelita, Camelia disunting oleh syarikat kosmetik gergasi L’Oreal Paris sebagai duta mereka selama 6 tahun. Sehingga kini Camelia dianggap sebagai ikon fesyen terulung negara.

3. Datuk Seri Siti Nurhaliza

Wajah comelnya seawal usia 17 tahun mula menjadi keg1ilaan rakyat Malaysia. Tahi lalat di bawah bibir menjadi signatur wajahnya. Kejelitaan wajah Datuk Seri Siti semakin terserlah seiring peningkatan usianya. Malah Datuk Seri Siti dikatakan mendapat kontrak bernilai RM1 juta oleh jenama kosmetik terkenal dunia Maybelline New York sebagai duta. Kini Datuk Seri Siti memilih untuk menjadi usahawan dengan mengeluarkan jenama kosmetiknya sendiri iaitu SimplySiti.

4. Maya Karin

Pelakon dan penyanyi ini memiliki kulit sawo matang yang sinonim dengan wanita Asia. Memiliki dar4h k4cukan Jerman dari bapanya, tidak hairan kena kejelitaan Maya sering menjadi dambaan setiap wanita. Matanya yang galak erta rambutnya yang panjang mengurai menjadikan Maya Karin antara wajah buruan jenama-jenama terkenal. Antara yang pernah menggunakan khidmat Maya sebagai duta ialah L’Oreal Paris, Pantene dan Innershine.

5. Nur Fazura

Sering dilabel sebagai antara aktres paling cantik di Malaysia, siapa dapat menafikan kejelitaan yang dimiliki wanita asal Pahang ini. Wajah ayu Melayu yang dimiliki Fazura membuatkan tidak jemu mata memandang. Senyumannya bisa membuatkan ramai yang tergila bayang. Jika tidak masakan jenama ubat gigi popular Colgate melamarnya sebagai duta.

6. Noor Neelofa

Menyandang gelaran Dewi Remaja 2012 sudah cukup membuktikna betapa jelita wajah si empunya badan. Berasal dari Kelantan dan berdar4h k4cukan Pakistan dari sebelah ibu, nama Neelofa sering mejadi bualan di awal kemunculannya dek wajahnya yang begitu jelita. Memilih untuk berhijab saat kerjayanya berada di kemuncak siapa sangka keputusannya itu bakal menjadikannya tersenarai di dalam majalah Forbes sebagai individu di bawah usia 30 tahun paling berjaya di Asia.

7. Amber Chia

Supermodel kebanggaan rakyat Malaysia ini mula mencipta nama di dalam lapangan fesyen saat menjuarai pertandingan pencarian model jenama antarabangsa GUESS. Tuah memihak kepadanya apabila dipilih sebagai pemenang dan wajahnya dirakam sebagai kempen jenama itu untuk pasaran seluruh dunia. Kini Amber memiliki akademi latihan modelnya sendiri untuk melatih para model baru.

8. Deborah Henry

Bukan sekali tetapi dua kali wanita jelita ini dinobatkan sebagai Ratu Cantik Malaysia. Pada tahun 2007 Deborah memenangi gelaran Ratu Cantik Malaysia World dan berjaya menjadi Top 16 pertandingan Ratu Cantik Dunia 2007. Tahun 2011 beliau sekali lagi mewakili Malaysia untuk pertandingan Ratu Cantik Universe di Brazil. Biarpun tidak menang, namun nama Deborah menjadi bualan seluruh dunia dan disebut-sebut sebagai pemenang tahun itu.

9. Izara Aishah

Merupakan naib juara Dewi Remaja 2012, nama Izara mula meniti di bibir peminat sewaktu membintangi drama Vanilla Coklat. Wajahnya yang jelita persis bintang Bollywood itu sering menjadi dambaan ramai. Wajahnya sering menjadi ‘muse’ untuk pereka fesyen ternama negara antaranya Rizman Ruzaini dan yang paling terbaru Izara dipilih untuk menjadi ‘muse’ kepada Datuk Rizalman Ibrahim untuk kempen baju raya.

10. Emma Maembong

Berdar4h k4cukan Melayu dan Scotland menjadikan Emma Maembong antara pelakon paling jelita di Malaysia. Saat pertama kali wajahnya muncul di kaca televisyen menerusi drama Kau Yang Terindah, nama Emma sudah menjadi bualan ramai kerana wajahnya yang jelita. Malah Emma pernah tersenarai antara wanita tercantik di dunia oleh sebuah portal yang berpangkalan di United Kingdom. Emma juga pernah menjadi duta kepada jenama kosmetik terkenal Silky Girl.

Sumber/ Kredit : suria

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bartasangbad.site/