” Memang tak boleh lawan lah..suara dia mantap kot..meremang dengar”
” Saya dapat rasa Jaclyn Victor jadi juara tahun ini. Satu sahaja yang jelas, showmanship dan kualiti suara masih gah..”
Demikian reaksi diberikan warganet yang memuji kehebatan suara penyanyi Jaclyn Victor pada konsert pembukaan Gegar Vaganza musim ke-9 yang berlangsung pada malam tadi.
Malah maestro dan pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS berpendapat musim baharu Gegar Vaganza (GV) bakal meletakkan industri seni suara ke tahap lebih tinggi dengan persembahan berkualiti peserta.
Menurutnya, kebijaksanaan dan kualiti persembahan setiap peserta yang akan menentukan sama ada mereka mampu bertahan serta memberi kepuasan, terutama kepada peminat.
” Kalau setiap minggu mereka menyanyi sebaik ini, industri muzik akan ke tahap lebih tinggi. Sembilan tahun, akhirnya saya dapat lihat kebijaksanaan beberapa peserta membuat persembahan.
” Jaclyn contohnya, pernah kamu lihat dia menyanyi lagu dalam versi tersebut? Tidak pernah.
Sesuatu yang tidak pernah disangka
” Terserlah kebijaksanaannya dalam muzik dan kematangannya ketika membuat persembahan. Sesuatu yang tidak pernah disangka,” katanya.
Jaclyn meraih tempat pertama dalam konsert pembukaan GV9, malam tadi dengan markah 88.4 peratus, disusuli Shila Amzah dengan 85 peratus dan Tomok 84.10 peratus.
Menjawab spekulasi segelintir netizen yang mempertikai penyertaan Jaclyn dalam GV9, Ramli atau lebih dikenali sebagai Tok Ram berkata, program realiti itu adalah platform terbaik untuk peserta membuktikan kebijaksanaan dalam muzik.
” Ini bukan soal menyanyi sedap atau all out bila membuat persembahan, sebaliknya kita mahukan sesuatu yang tidak dijangka.
” Disebabkan itu bila ada yang mempertikai penyertaan Jaclyn, saya cakap dia patut masuk untuk membuktikan kebijaksaannya dalam muzik. Itu real artist!
” Kamu tengok macam mana dia menyanyi malam tadi, itu sesuatu yang cukup hebat. Ini bukan tempat untuk kita tahu siapa boleh menyanyi atau tidak kerana semua tahu mereka adalah penyanyi.
” Cuma, kebijaksanaan itu yang membezakan antara seorang penyanyi dengan seorang penyanyi yang lain,” katanya.
Minggu pertama konsert Gegar Vaganza 9 (GV9) menyaksikan penyanyi Jaclyn Victor yang mempersembahkan medley lagu Di Bawah Pohon Asmara dan Gemilang berada di kedudukan pertama dengan jumlah markah 88.40%.
Penyanyi Hazrul Nizam yang mendendangkan Kaulah Segalanya namun, hanya mampu berpuas hati dengan markah terendah yang dicapainya iaitu sebanyak 56.20%.
Episod sulung rancangan realiti nyanyian paling popular ini menyaksikan para peserta membawakan semula lagu-lagu mereka yang pernah dikenali, dalam rendisi terbaru yang lebih segar dan menyengat.
Peserta lain yang tampil menghangatkan lagi pertandingan ialah Shila Amzah, Tomok (New Boyz), Asheed Def Gab C, Bob Yusof (AF2), Fuad Rahman (Singapura), Tom, Pat Candy, Roy Kapilla, Dina Nadzir, Haida Hasnan serta kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim).
GV9 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam disertai juri profesional tetap terdiri daripada maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS selaku ketua juri, dengan dibantu guru vokal Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang.
Mereka juga bersama juri jemputan minggu ini iaitu penyanyi Rahimah Rahim yang juga dikenali sebagai Kak Girl.
Berikut adalah senarai markah juri untuk peserta berdasarkan persembahan yang ditampilkan:-
1) Jaclyn Victor (Di Bawah Pohon Asmara & Gemilang) – 88.40%
2) Shila Amzah (Patah Seribu & Memori Tercipta) – 85.00%
3) Tomok (Sejarah Mungkin Berulang & Meraung) – 84.10%
4) Dina Nadzir (Cinta Datang Lagi) – 83.80%
5) Bob Yusof (Cinta Seorang Teman) – 83.60%
6) Roy Kapilla (Dikir Rambong) – 70.60%
7) Pat Candy (Akan Ku Tunggu) – 68.40%
8) VE (Kerna Sayang & Tunggu) – 67.10%
9) Haida Hasnan (Hajat) – 65.70%
10) Fuad Rahman (Bila Rindu) – 63.70%
11) Tom (Lagu Untuk Kuala Lumpur) – 61.50%
12) Asheed Def Gab C (Cinta Sakti) – 61.20%
13) Hazrul Nizam (Kaulah Segalanya) – 56.20%
Tiada penyingkiran peserta pada minggu pengenalan ini.
Konsert GV9 yang dihoskan gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) setiap hari Ahad, pukul 9 malam bermula 18 September 2022, selain boleh didapati menerusi platform On Demand melalui Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk tontonan online.
Sumber:utusan dan iluminasi
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral
Sumber: https://www.lamanhiburan.pw/