“Selalu Jihan Kawal Nabil” – Terlalu ‘Hyper’ Jadi Host GV, Kak Lina Buat Ramai Terhibur- Lubuk Viral

Program realiti hiburan, Gegar Vaganza musim ke-9 tahun ini menampilkan pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein bagi menggantikan Jihan Muse yang sedang berpantang anak kedua.

Seperti yang diketahui ramai, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina mempunyai perwatakan yang ceria dan gila-gila.

Ramai yang terhibur melihat aksi Kak Lina yang hyperactive sampai Nabil pun tak boleh kawal!

@bellaastillah_94

Punya seronok sampai tak perasan Tok tengah tengok 😂 terus kejung jap😝 Loveee lah kak Lina pompom ❤️

♬ original sound – Bella Astillah – Bella Astillah

Di TikTok, orang ramai yang menonton persembahan di minggu pertama malam tadi tak kering gusi melihat gelagat bersahaja Kak Lina. Nampaknya ramai yang menyambut baik Elly Mazlein bagi menggantikan Jihan Muse musim ini.

@sukasantau

Ada Lagu Ada Lagi | Gegar Vaganza 9 (2022) | Minggu 1 #adalaguadalagi #gegarvaganza

♬ Gerhana – Gegar Vaganza 8 – Seven Editors

Selain daripada peserta yang hebat-hebat, nampaknya penonton turut teruja nak tengok gandingan pengacara yang menghiburkan ini. Ada yang kata dah macam tengok Maharaja Lawak Superstar pulak!

Sementara itu, ada juga netizen yang mengkrit1k cara Kak Lina dan menganggap dia keterlaluan. Apa pendapat korang pula?
Komen :

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://ohmedia.my/