Walaupun belum genap 2 minggu melahirkan anak keduanya, pelakon Tasha Shilla dilihat seperti bukan orang dalam pantang apabila kelihatan semakin berseri-seri.
Malah, menerusi hantaran di Instagram miliknya baru-barui ini, Tasha yang juga isteri kepada seorang ahli perniagaan, Atiq Idris berjaya menarik perhatian warganet apabila tampil mengenakan solekan nipis yang menyerlahkan lagi kecantikannya.
Menjengah di ruangan komen berkenaan, rata-rata pengikut dan rakan selebriti memuji penampilan aktres itu yang dikatakan semakin cantik.
Bahkan ada juga segelintir daripada mereka yang terkejut kerana tidak menyangka Tasha kini sudah melahirkan anak keduanya yang diberi nama, Nyla Kaadira.
Terdahulu, Tasha atau nama sebenarnya, Natasha Sheila Abdul Razak selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.19 kilogram secara pembedahan pada 5 September lalu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral
Sumber: https://www.xtra.com.my/