KECOH di media sosial apabila penyanyi dan komposer Yuna Zarai dilihat memelvk penyanyi Indonesia ketika hadir di New York Fashion Week (NYFW) baru-baru ini
Namun, lain pula jadinya apabila netizen tidak hanya memperkatakan tentang batas pergaulan penyanyi itu, malah mereka turut mempertik4ikan cara Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 36, mengenakan hijab.
Pada majlis itu, Yuna menggayakan pers4linan jenama Coach dengan menyarung hijab separuh bersama aksesori kilauan berlian di atasnya.
Gaya penyanyi itu menimbulkan rasa tidak senang peminat yang menegur dan menasihatkannya untuk menutup aur4tnya dengan lebih sempurna.
Yuna menggayakan persalinan daripada Coach.
Malah ramai yang menyedari perubahan gaya tudung penyanyi itu yang dilihat semakin lama semakin mendedahkan aur4t.
“Dia pakai serkup, lepas itu pakai bling-bling. Sekali pandang memang akan fikir macam tak pakai tudung. Aku lebih suka Yuna yang dulu pakai selendang.
“Daripada bertudung sampai dah macam pakai anak tudung sahaja. Bila tudung sekadar fesyen.
“Baru tahu jala ikan pakai dekat kepala. Apa benda atas kepala Yuna tu?.
“Teringat zaman universiti 13 tahun lepas, Yuna buat mini konsert. Sewaktu itu dia pakai selendang elok sahaja tutup d4da,” antara komen netizen.
Gaya penampilan Yuna sering dikritik netizen.
Sementara itu, ada juga yang berpendapat penampilan dan kelakuan Yuna disebabkan sudah terlalu lama berhijrah ke Amerika Syarikat.
“Dah menjadi kebiasaan tinggal di luar negara. Bila dah terlalu lama duduk di negara Barat, pergaulan tidak menghalalkan cara.
“Sanggup buat apa sahaja demi diterima bangsa di sana. Oh Yuna!” tulis netizen.
Untuk rekod, Yuna memulakan kerjaya nyanyian di Amerika Syarikat sekitar tahun 2011 dan mengikat kontrak dengan sebuah syarikat rakaman yang berpangkalan di New York, Fader Laber.
KOMEN NETIZEN :
Sumber/Kredit : mStar
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral
Sumber: https://bartasangbad.site/