“Saya dh perasan dh.. MstuDia baru lepas solat Asar, Tak sempat pakai tudung lagi…”.. Rupanya ibu m4ngsa ded4h sudah perasan sesuatu sebelum kejadian..- Lubuk Viral

“Mak cik tak tahu apa sebenarnya berlaku kerana sehingga kini kami sekeluarga tidak terima sebarang panggilan, nak minta wang tebusan atau apa-apa. Mak cik sekarang terlalu sedih mengenangkan nasib anak kerana sehingga kini tidak mendapat sebarang khabar berita.”Mak cik hanya mampu berdoa supaya Rosnazirah ditemui selamat dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, hari ini.

Menceritakan kejadian jam 5.10 petang semalam, Zahasnah berkata, dia baru selesai solat Asar sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang bertanya mengenai anaknya.”Suami terus panggil anak yang ketika itu berada di dapur dan secara tiba-tiba, Rosnazirah diheret, tak sempat pakai selipar dan lelaki itu mengeluarkan pisavv, namun dia terpaksa mengalah sebaik lelaki itu mengeluarkan pist0ol sambil mengeluarkan kata-kata ugvvtan.

“Ketika itu, ramai yang menyaksikan kejadian itu termasuk anak Rosnazirah yang menangis minta tolong, namun tiada siapa berani kerana lelaki itu ada pistol,” katanya.Ketika kejadian, katanya, terdapat lima lelaki semuanya, iaitu seorang menunggang motosikal, manakala empat lagi menaiki kereta.

“Sebelum kejadian, saya perasan sebuah motosikal lalu lalang di kawasan rumah, mungkin dia datang memantau,” katanya.Adik m4ngsa, Mohd Syarafi, 26, berharap kakaknya ditemui selamat dan menyerahkan perkara itu kepada pihak polis.Katanya, Roszanirah bekerja sebagai ejen produk kosmetik sejak tiga tahun lalu dan dia serta keluarga tidak pernah tahu sama ada kakaknya ada berhutang.

“Kami sekeluarga akan mengadakan solat hajat dan besar harapan kami kakak dibebaskan dan pulang dengan selamat,” katanya.Dalam kejadian petang semalam, Rosnazirah dikatakan dilarikan sekumpulan lelaki dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios dan terdapat penduduk memaklumkan melihat mangsa dibawa menaiki bot ke Thailand sebelum kereta terbabit ditemui jam 10 malam tadi.Sumber Bh

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://jawatankerajaan2u.com/