Pakar Saham Kahwin Bekas Pelajar, Bekas Isteri Titip Pesan, “Waktu Susah Dulu..” – Lubuk Viral

Cukup terkenal dengan slogan, ‘tak handsome tak pe janji kaya’, Pakar Pelaburan Saham dikenali dengan nama Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan baru-baru ini menjadi bualan hangat warganet. Ini kerana individu ini menganjurkan majlis perkahwinan dengan isteri baru dengan cukup meriah sekali.

Ramai selebriti hadir sebagai tetamu di majlis berkenaan. Malah satu muat naik oleh bekas isteri Datuk Dr Mohd Nazri Khan di Facebook milik Atielia De Sam turut menjadi buah mulut ramai.

Dalam muat naik itu bekas isteri Datuk Dr Mohd Nazri Khan mengucapkan tahniah kepada individu tersebut. Dipercayai Pakar Saham kahwin bekas pelajarnya di Thailand pada Jumaat lalu.

Menurut wanita ini dia sempat menitipkan nasihat kepada bekas suaminya itu mengenai statement yang dibuat oleh pakar saham terbabit biarlah betul.

Dalam perkongsian tersebut, Atelia De Sams turut meluahkan rumahtangga yang dibina dan dijaga selama 20 tahun bersama bekas suaminya itu musnah.

“Tiada keserasian pada waktu di puncak kesenangankan abang? Waktu susah dulu susah senang sama-sama…”luah wanita ini mengenai bekas suami yang juga Pakar Saham kahwin bekas pelajar tersebut. 

Luahan wanita ini telah mencuri perhatian ramai di sosial media. Benarlah ada orang kata lelaki diuji dengan kesenangan.

Untuk info, majlis gilang gemilang Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, 47, bersama pilihan hati,  Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, 25 turut dihadiri ramai selebriti.

Komen :

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://himpunanceritalawak.com/