Ramai Cembvru Dengan Dr Amalina Sebab Dapat 10 Bulan Cuti Bersalin, Gaji Jalan Macam Biasa – Lubuk Viral

“Kalau macam ni punya benefits, aku pun takkan balik kerja dekat Malaysia”, itulah antara luahan rakyat Malaysia lepas baca perkongsian Insta Story Dr Amalina Che Bakri.

Mana tidaknya, Dr Amalina yang sedang sarat mengandung sekarang ni berkongsi dia bakal mengambil cuti bersalin selama 10 bulan dan apa yang mengejutkan adalah beliau bakal menerima bayaran gaji penuh sepanjang tempoh cuti bersalin tu.

Gaji penuh akan ditanggung syarikat untuk 5 bulan pertama

Dr Amalina berkongsi perkara itu bagi menjawab soalan yang diberikan pengikutnya tentang “adakah dia akan dibayar gaji penuh sepanjang cuti bersalin?”.

Dr Amaline kemudian menjawab dia akan dibayar gaji penuh untuk 5 bulan pertama oleh majikannya dan baki gaji untuk tempoh 5 bulan lagi akan ditanggung oleh kerajaan.

Keistimewaan yang diterima ini bagaimanapun bergantung pada majikan dan setiap organisasi berbeza-beza.

Malaysia 3 bulan jer…

Dekat Malaysia pun ada syarikat yang bagi gaji penuh 5 bulan…

Kredit: Twitter

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://ohmedia.my/