Pelakon, Nora Danish menafikan dakw4an netizen yang mengatakan dirinya telah melakukan suntingan pada foto untuk menampakkan ilusi ramping pada bahagian pinggangnya.
Sebagai bukti, Nora juga turut memuat naik video pendek di akaun Instagram miliknya dan menjelaskan bahawa tuduh4n itu tidak benar.
Jelas Nora, dia tidak membuat sebarang suntingan pada foto itu namun pinggangnya kelihatan lebih ramping disebabkan rekaan baju tersebut.
“Busana ini merampingkan pinggang sampai orang ingat saya edit. Sebenarnya tidak. Nampak ni?
“Ini video mana ada edit. Saya juga rasa disebabkan design baju ini, boleh merampingkan pinggang,” ujarnya.
View this post on Instagram
Tambah Nora lagi, badannya juga susut kerana mengamalkan pemakanan sihat dan juga senaman.
“Tetapi saya juga melakukan senaman okay. Saya pun dah hilang beberapa kg, saya jaga makan, buat yoga, cut sugar tapi tak sangat.
“Yes, jadi ini adalah tidak edit, memang ramping je, tak ramping sangat tapi okaylah untuk beberapa tahun,” jelasnya.
Dalam pada itu, ruangan komen posting berkenaan juga dihujani dengan kata-kata semangat oleh pengikutnya.
Rata-rata mereka menyatakan rasa kagum kerana Nora berjaya mengurangkan berat badannya dengan salah satu cara iaitu tidak makan nasi.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral
Sumber : GEMPAK