Issey ‘Kantoikan’ Kegiatan Nabil Ahmad Di Konti Radio, “Salute”- Lubuk Viral

Tidak dinafikan ramai yang telah mengetahui penghijrahan pelawak, pengacara dan penyampai radio terkenal Nabil Ahmad. Sedikit demi sedikit, kelakuan Nabil Ahmad semakin membuatkan peminat dan netizen di media sosial juga merasa kagum dengan dirinya.

Rasanya buat yang mengikuti perkembangan pengacara rancangan MeleTOP ini, pasti dapat merasai perubahan dia dan nampaknya satu pendedahan terbaharu oleh rakannya, Issey Titan menyebabkan Nabil Ahmad sekali lagi viral.

Nabil

Menerusi muat naik Issey iaitu pengacara radio Gegar berjaya merakam kegiatan Nabil Ahmad ketika berada di konti radio, pengacara radio Era FM itu bagaimanapun membuatkan Issey juga suka dan meminati perjuangan Nabil Ahmad.

Ini kerana, pada jam 7 pagi dedah Issey yang dibuktikan dengan satu rakaman video memaparkan Nabil Ahmad sedang mengaji dan perkongsiannya ini meraih perhatian ribuan warganet yang turut sama merasa bersyukur dan suka melihatkan dia meluangkan masa dengan mengaji di konti radio.

Perkongsian Issey di akaun miliknya, isseyfazlisham dengan menulis kapsyen, “Sebab tu aku suka dan minat Nabil punya perjuangan,” menyebabkan juga dengan pantas warganet ‘berkumpul’ diruangan komen dengan meninggalkan ratusan reaksi kerana merasa kagum dengan perubahan yang dapat diikuti daripada dahulu sehinggalah sekarang tentang pelawak terkenal tersebut.

“Aku suka jalan cerita kehidupan Nabil ni…”

Nabil

“Memang banyak perubahan Nabil…”

IMG_20220908_094914

“Alhamdulillah”

Nabil

“Aku sangat suka…”

IMG_20220908_095019

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:HCL