“Terima Panggilan Video..” Syahmi Sazli Buat Cabutan Bertuah, Lelaki Terkedu Menang Kereta Mercedes – Lubuk Viral

Siapa yang tak kenal pelakon dan juga bintang sensasi youtube dari drama spontan iaitu Syahmi Sazli. Personaliti beliau yang bersahaja dan tidak sombong serta selalu membuat jenaka membuatkan ramai orang sangat senang untuk bergaul dengannya.

Baru-baru ini, YouTuber asal Kelantan itu telah membuat satu konten cabutan bertuah buah para pembeli produk yang dijual secara atas talian.

Antara hadiah yang menjadi impian ramai adalah sebuah kereta mewah jenis Mercedes A180 (convert A45), motosikal jenis Honda Beat dan banyak lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli)

Apa yang menarik perhatian ramai adalah perkongsian pemenang utama cabutan bertuah yang dibuat Syahmi Sazli iaitu seorang juruteknik yang baru sahaja menimang cahaya mata.

Dia yang mendapat perkhabaran memenangi cabutan bertuah terbabit menerusi panggilan video mengakui sangat bersyukur dan begitu terkejut sehingga tidak mampu berkata-kata.

Pengguna Facebook dikenali sebagai Haziq Akram itu turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarganya dan menganggap apa yang diperolehi itu sebagai rezeki anak.

VIDEO:

Selain daripada sebuah kereta Mercedes, Syahmi Sazli juga turut berkongsi video pemenang tempat ketiga dengan membawa pulang Honda Beat.

Reaksi pemenang telah dikongsikan ketika Syahmi membuat panggilan video kepada para pemenang cabutan bertuah itu.

VIDEO:

@n.azieyyy_

Simpan sini buat kenangan ? #megacontestblank #syahmisazli

♬ suara asli – sadvibes? – Sadvibes?

Perkongsian yang dibuat YouTuber berkenaan di media sosial telah menuai pelbagai maklum balas positif daripada warganet. Rata-rata mendoakan agar Syahmi terus dimurahkan rezeki supaya dapat berkongsi rezeki yang diperoleh dengan orang lain.

Mereka juga mengucapkan tahniah kepada para pemenang terutamanya pemenang Mercedes yang begitu teruja mendapat sebuah kereta seusai menimang cahaya mata baru kira-kira dua minggu lalu.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Facebook Syahmi Sazli, Haziq Aqram