Memuat Naik Video Bersama Madunya, Zizie Izette Ded4h Perangai Sebenar Suami Bung Moktar- Lubuk Viral

Baru-baru ini, perkongsian Datin Seri Zizie Izette menyorot perhatian netizen apabla dia memuat naik sepotong video bersama madunya, Datin Nor Asidah Alimuddin.

Menerusi ruangan kapsyen, Zizie menulis: “Untuk info, suami kami tak minat yang kurus-kurus, taste dia yang comel-comel macam kami.

“Tengok riak wajah suami, Bung Moktar yang kelihatan begitu cerita. Kaum Adam yang teringin macam kami janganlah cembvru ya.

“Kalau nak pergi menuntut ilmu dengan panglima perang Sabah ni,” tulis Zizie.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh mereka bertiga.

“Datin… boleh tak bila-bila share apa tips Datin amalkan untuk jaga hubungan rumah tangga… saja la nak tau.”

“Syukur alhamdulillah… Tumpang gembira tengok kebahagiaan macam Datin ni… Semoga ditambahkan lagi kebahagiaan bersama orang tersayang hingga ke jannah. Amin ya rabbal alamin.”

“Bagusnya dah macam adik-beradik. Selamat hari raya… semoga diberi berkat dan rezeki yang murah.”

Untuk rekod, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette. Pasangan ini juga mempunyai dua orang anak angkat, Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.

“Mommy did you win?” – Zizie Izette tak dapat tahan air mata, anak-anak adalah nyawanya

PADA Jumaat lalu ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isteri, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad yang juga merupakan seorang selebriti diperintah untuk memb3la diri oleh Mahkamah Sesyen atas pertudvhan rasu4h berjumlah RM2.8 juta.

Namun apa yang menyentuh hati apabila Zizie memuat naik Instagram Story berikutan anak-anaknya bertanya sama ada dia memenangi kes tersebut.

“Mommy did you win?,” tanya anak angkatnya, Nayla Nurjeena.

Zizie dengan tenang menjawab malangnya tidak dan menganggap anak-anak kecil itu mungkin tidak memahami situasi dihadapinya namun tetap menjelaskan dia dan suami sedang bertarung dan ia masih belum berakhir.

Zizie dan suami diperintahkan untuk membela diri.

Bagaimanapun, soalan anak lelaki Zizie mengundang sebak apabila bertanya adakah ibu bapanya akan kembali ke rumah atau pun tidak.

Tambah meruntuh hati, Jenna turut menangis dan kedengaran suara Zizie juga tidak mampu menahan seb4k melihat reaksi anak kecil itu.

“Jenna seorang anak yang memahami dan mempunyai tempat istimewa di hati saya. Mommy sayang awak, Jenna.

“Saya tidak menangis sehingga dia mula menangis. Dia seorang anak yang manis. Saya sangat bersyukur kerana memilikinya dan mereka semua adalah hidup saya,” kongsi Zizie.

Zizie Izette bersama anak-anak dan pembantunya.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung pada Disember 2009 dan dikurniakan pasangan kembar lelaki iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette serta anak perempuan Aalisa Belle Izette.

Pasangan ini juga turut mengambil anak angkat yang diberi nama Nayla Nurjenna dan Aaric Zaryn Izette.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/