[VIDEO] Pemalu orangnya! Nama dipanggil peminat, Jebat Jayden buat aksi comel tutup muka… Siap ada samakan macam Bilal

TELATAH anak kepada Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden Ahmad sememangnya sentiasa menjadi tumpuan kerana aksi spontan dan comel yang ditunjukkan kanak-kanak berkenaan.

Gelagat Jebat juga sering dikongsikan oleh ibu bapa di Instagram cukup mencuit hati.

Kali ini, Jebat, 4, sekali lagi menjadi perhatian apabila gelagatnya menutup muka ketika mengambil gambar ketika hadir ke salah sebuah butik Naelofar di Putrajaya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Noor Nabila di TikTok, memperlihatkan Jebat menutup muka dengan kedua-dua belah tangannya ketika mengambil gambar bersama keluarga.

9

Jebat tutup muka di khalayak ramai.

Dek kerana malu namanya dipanggil tetamu yang hadir di butik tersebut, Jebat berkeras enggan menurunkan kedua tangannya meskipun dipegang ibu saudaranya, Neelofa.

Bukan itu sahaja, Jebat juga terpaksa didukung oleh bapa saudaranya, Aqif Mohd Noor kerana terus menerus menutup muka di hadapan khalayak.

@awinareza

saya pemalu orang nya haha comel je si jebat jayden ni @Noor Nabila

♬ original sound – Noor Nabila – Noor Nabila

Menjengah ke ruangan komen, netizen terhibur melihat aksi comel Jebat malah ada juga tidak menyangka kanak-kanak itu merupakan seorang yang pemalu.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar