Menerusi konsert minggu ketiga ‘Terpaling Juara’, Dato Hattan selaku juri tetap program berkenaan meminta pihak penerbit untuk tidak melakukan sebarang penyingkiran, semalam. Hazami dan Ifa Raziah dua terendah? Di akhir program, Dato Hattan meminta Haziq dan Shiha untuk membacakan dua nama peserta yang menduduki dua tangga terbawah. Menurut Haziq, Hazami dan Ifa Raziah memperoleh markah yang terendah berdasarkan persembahan semalam.
Menerusi persembahan itu, nyanyian Ifa dilihat sumbang selain dilihat tidak selesa dengan pakaian yang digayakan sehingga terpijak bahagian kaki gaunnya. Disebabkan itu, Ifa menerima komen pedas daripada salah seorang juri iaitu Datuk Hattan yang bertanya perkara menggangu fikirannya pada persembahan tersebut. Ifa menyalahkan pakaian yang digayakan sehingga telah menggangu persembahannya. “Mula-mula tu nak masuk dah senget, bahagian korus cover sikit, lepas tu dia slack balik.
Ujar Naim, dia akan melakukan yang terbaik sebagai kapten untuk membantu Ifa Raziah pada minggu hadapan. Manakala, Akim berkata dia percaya Hazami mampu memberikan yang terbaik sekiranya dapat bertanding untuk konsert seterusnya. Justeru itu, Haziq akhirnya mengumumkan bahawa tiada penyingkiran yang berlaku.
Pada konsert tersebut juga, penonton dapat menyaksikan Syaz meraih anugerah ‘Persembahan Terbaik’ untuk kali kedua berturut-turut. Shaz membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000. Bertemakan lagu-lagu ‘Cinta’, pentas ‘Terpaling Juara’ dibuka oleh Aqmal. Aqmal telah menyanyikan lagu Taman Rashidah Utama diikuti Ifa Raziah (Sekuntum Mawar Merah). Pentas dihangatkan lagi dengan persembahan Hazami
Pemenang persembahan terbaik iaitu Syaz telah membawakan lagu ‘Purnama Merindu’ nyanyian asal penyanyi nombor satu negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza manakala, Rahmad Mega menyanyikan lagu ‘Ghazal Untuk Rabiah’. Nak tahu macam mana persembahan mereka untuk minggu hadapan, nantikan! Sumber: obulan
ini kata2 Dato Hattan, lihat dalam video minit ke 24
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral
Sumber: https://info.rentasasia.com/