Macam Tak Percaya! Nad Zainal Sudah Bercer4i, Sekali Ada Benda Yang Netizen Perasan- Lubuk Viral

TIADA angin tiada ribut, pelakon Nad Zainal mendedahkan ikatan perkahwinan selama tujuh tahun dengan Muhammad Faliq Amiruddin sudah terlerai baru-baru ini.

Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin bagaimanapun enggan mendedahkan punca dan tarikh sebenar mereka berpisah.

“Benar, kami sudah bercer4i baru-baru ini. Keputusan berpisah ini juga dibuat dengan kata sepakat.

“Cukup saya kongsi status saya yang terkini. Saya perlu menjelaskan soal status diri, supaya tidak mengundang fitn4h,” katanya menerusi kenyataan kepada media pada malam Sabtu.

WhatsApp-Image-2022-02-08-at-5.27.01-PM-1024x891

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata.

Dalam pada itu, Nad mengakui keputusan dibuat bukan mudah namun akur dengan takdir yang telah tertulis terhadap rumah tangganya.

Apa lebih penting kata Nad, meskipun sudah bercer4i namun hubungan mereka kekal baik demi dua anak mereka iaitu Fahad Ibrahim, 6 dan Budi Kalsom yang kini berusia setahun.

“Apa lebih utama sekarang saya perlu kuat untuk meneruskan surv1val membesarkan dua anak serta membiasakan diri dengan status ibu tunggal.

“Kami masih berkawan baik demi anak-anak,” katanya.

Hasil semakan di Instagram milik pelakon Takdir Yang Tertulis di TV3 itu, gambarnya bersama bekas suami juga sudah tidak kelihatan.

Untuk rekod, Nad dan Muhammad Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015.

KOMEN NETIZEN :

Sumber/Kredit : mStar

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bartasangbad.site/