“Bismillah…Baby A” -Intan Saleh Selamat Bersalin, Ded4h Jantina Anak- Lubuk Viral

Pempengaruh dan usahawan, Intan Saleh selamat melahirkan bayi ketiga di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, pada jam 3.34 petang semalam.

Bekas madu pelakon Izreen Azminda itu bersyukur kerana bayi lelaki yang diberi gelaran Baby A selamat dilahirkan secara normal.

“Alhamdulillah selamat melahirkan putera ketiga. Tolak ke dewan bersalin jam 2.45 petang dan jam 334 petang keluarlah seketul Aizamjr,” katanya.

Intan berkongsi berita gembira itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Selain itu, Intan yang bersalin anak pertama untuk perkahwinan terbaharunya itu mengucapkan terima kasih kepada yang selama ini tak putus menitipkan doa buatnya.

“Terima kasih yang mendoakan bonda (gelaran dirinya dan bonda doakan untuk ibu-ibu yang menunggu hari melahirkan semoga dipermudahkan semuanya..,” ujarnya.

Terdahulu, walaupun bukan berstatus artis, kehidupan Intan tetap menjadi sorotan masyarakat apabila detik pergolakan rumah tangga dengan pemuzik, Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid pernah mencetus sensasi sekitar 2017.

Intan yang sempat menjadi madu kepada pelakon Izreen Azminda kemudian berc3rai dengan Ude pada 2018 iaitu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Intan kini mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka teruna Aizam Yahya yang lebih muda darinya.

Komen netizen:

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: gempak.com