Shahir Zawawi sah bergelar suami Jaskin Jaludin, Ini reaksi Erra masa dpt tahu Shahir nak kahwin- Lubuk Viral

BEKAS juara program Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) Shahir Zawawi selamat bergelar suami kepada Jaskin Jaludin dengan sekali lafaz pada malam Jumaat.

Shahir atau Ahmad Shahir Zawawi, 34, dinikahkah oleh bapa pengantin perempuan iaitu Jaludin Nongche dan disaksikan oleh jurunikah Muhammad Hakimi Mustapa.

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan selain wang hantaran RM20,000.

Shahir dan Jaskin berkenalan selama dua bulan sebelum memutuskan untuk berkahwin.

Pada majlis yang diadakan di Bizmilla Wedding Centre, One City, Subang itu, pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Majlis pernikahan itu turut disaksikan oleh keluarga, teman rapat dan rakan media.

Sementara itu, Shahir memberitahu perkenalan dengan Jaskin, 30, sejak dua bulan lalu telah menimbulkan bibit-bibit cinta di antara mereka sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

“Alhamdulillah syukur segalanya telah berjalan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Debaran menantikan untuk disatukan sebagai suami Jaskin.

“Sebelum bernikah memang ada rasa gementar tetapi selepas semuanya selesai saya kini rasa lega. Semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat,” katanya.

Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunagnan pada 16 Julai lalu.

Sementara itu, Shahir dan Jaskin akan diraikan dalam sebuah majlis kenduri di lokasi sama pada malam Sabtu.

Shahir tak terkejut g0sip Erra Fazira isteri kedua ahli politik, doakan dia bahagia – “Saya tak kec3wa, itu benda baik”

PERNAH dikaitkan bercinta dengan Erra Fazira, penyanyi Shahir Zawawi berkata tidak mengetahui kesahihan berita yang mend4kwa aktres itu sudah berkahwin dengan ahli politik.

Tiada perasaan kecewa atau terkejut, sebaliknya Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi tumpang gembira dan sentiasa mendoakan kebahagiaan Erra.

“Saya tak pasti dan tak tahu kesahihan gosip itu tapi memang ada dengar-dengar juga. Sebenarnya saya sibuk dengan urusan kerja saya.

Erra dan Shahir masih bersahabat baik.

“Jadi saya pun tak pasti sebab kadang-kadang cerita yang keluar tu pun ada orang yang sampaikan kepada saya. Bagi saya, kalau dia kahwin, benda itu baik.

“Bukannya kena tangkap… kalau benda baik, tak perlu terkejut. Yang penting doa yang baik-baik. Saya tidak berasa kecewa malah mendoakan kebahagian dia.

“Kalau kita ikhlas berkawan dengan seseorang dan bila sesuatu perkara baik terjadi pada dia, sudah tentu kita patut gembira,” katanya kepada mStar.

Shahir berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran program realiti Hijrahkan Laguku terbitan TV Al – Hijrah yang diadakan di Oakwood Hotel & Resident, Kuala Lumpur pada Selasa.

Sekarang saya masih belum ada kekasih… kalau boleh saya hanya nak fokus pada kerja sahaja

Sekitar awal Oktober lalu, timbul gosip mendakwa Erra sudah menjadi isteri kepada seorang ahli politik dari Perak.

Kontroversi ini mula bertiup kencang apabila seorang pengguna Twitter memuat naik ciapan mendakwa Erra sudah menjadi isteri kedua ahli politik itu.

Bagaimanapun Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 47, menerusi Instagram mengatakan dia enggan melayan gosip tersebut.

Dalam pada itu, juara Akademi Fantasia 8 ini memberitahu buat masa sekarang dia tidak mahu memikirkan soal cinta dan hanya ingin fokus kepada kerjayanya sahaja.

“Sekarang saya masih belum ada kekasih… kalau boleh saya hanya nak fokus pada kerja sahaja. Janganlah kaitkan saya dengan sesiapa.

“Saya ini masalah susah nak fokus dua tiga benda. Bila ada gangguan, fokus saya jadi lari. Saya tidak kata untuk sesiapa.

“Tapi bukan juga bermaksud saya nak lari daripada masalah. Saya jenis tak suka nak memanjangkan lagi masalah,” ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada 13 Julai 2019, Erra mendedahkan hubungan dia dengan Shahir Zawawi sudah berakhir sejak Januari namun mereka masih bersahabat baik.

Erra Fazira ucap tahniah buat Shahir Zawawi

“Saya ada menghubunginya sebaik saja menerima perkhabaran gembira itu. Saya mengucapkan tahniah kepadanya,” kata penyanyi dan pelakon, Erra Fazira, 48, mengenai berita sahabatnya yang juga penyanyi, Shahir Zawawi yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Erra berkata, dia masih mengekalkan hubungan baik dan berkomunikasi dari semasa ke semasa dengan bekas kekasihnya itu.

Erra berkata, dia juga yakin Shahir sendiri sudah bersedia untuk melayari alam rumah tangga.

“Semestinya saya teruja dan gembira apabila terbaca berita gembira itu. Lantas saya terus menanyakan kepadanya dan dia menceritakan sepenuhnya kepada saya.

“Saya masih mengekalkan hubungan baik dengan rakan-rakan lama, yang mana biarpun tidak berjodoh, namun tidak bermasam muka. Apabila mendengar khabar baik mereka, semestinya kita turut gembira,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber/ Kredit :mstar