“Pernah Berstatus ‘Datin Muda’” Penampilan Terkini Bekas Isteri Datuk Alha Alfa Raih Perhatian Netizen- Lubuk Viral

Berdagu lekuk, berkulit putih bersih, tinggi lampai serta langsing itulah keistimewaan yang dimiliki oleh wanita cantik kelahiran Taiping, Perak ini. Noor Azlin Ismail atau Alin bukanlah seorang artis mahupun selebriti tersohor. Namun, namanya mula menjadi perhatian ramai apabila pernah bergelar isteri kepada jurusolek dan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Alha Alfa.

Untuk rekod, pasangan ini bernikah pada 28 September 2019 di Hotel Taiping Perdana, Taiping. Mereka disifatkan sebagai pasangan sama cantik sama padan namun jodoh tidak panjang. Tidak sampai setahun, mereka sepakat menamatkan perkahwinan itu secara baik setelah tiada persefahaman.

NONA menyingkap kehidupan terkini Alin yang dilihat semakin ceria dan bahagia. Adakah pintu hatinya ini kembali ditawan?

“Alhamdulillah kehidupan saya kini lebih tenang dan bahagia bersama keluarga. Saya juga rancak menguruskan bisnes tudung, Arelinscarf yang dilakukan secara kecil-kecilan. Sebenarnya bisnes ini sudah lama saya lakukan namun tidak terlalu serius.

Tercetusnya minat terhadap bisnes setelah melihat ramai usahawan muda wanita hari ini yang berjaya dengan cara tersendiri. Sejak itulah saya mula bersemangat untuk berbisnes dan berniat untuk serius selepas ini. Doakan saya ya..

Move on? Tipulah kalau kata tak sedih langsung, saya macam orang lain juga. Tapi saya bersyukur kerana Tuhan memberikan kekuatan dan ketenangan untuk saya tempuhi semua yang berlaku. Keluarga dan insan-insan terdekat turut memberi kata-kata semangat agar saya sentiasa redha, positif dan move on. Ajal jodoh semua telah ditentukan olehNya.

Bersama ibu tercinta, insan yang banyak memberi kekuatan kepada Alin.

Banyak sebenarnya yang saya belajar daripada pengalaman lalu. Salah satunya ialah saya perlu lebih berwaspada dalam memberi kepercayaan. Tak semua orang yang dekat dengan kita sebenarnya suka dengan kita. Saya tak boleh kata yang saya menyesal dengan apa yang sudah berlaku. Saya percaya, Allah SWT mahu memberikan yang lebih baik lagi selepas ini, InsyaAllah.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arelyn Ismail (@arelin_ismail)

Walaupun berpeluang merasai nikmat bergelar isteri selama 6 bulan sahaja namun sepanjang tempoh itu jugalah Azlin memegang gelaran ‘Datin’ dalam usia muda iaitu 24 tahun. Pernah mengecapi kehidupan yang serba serbi ada serta sering menjadi perhatian lensa media namun Alin tidak pernah meletakkan impian bahawa bakal jodohnya selepas ini juga nanti bertaraf tinggi, jauh sekali untuk mengejar populariti.

“Saya sama sekali tidak berniat untuk meletakkan kriteria bakal jodoh nanti perlu bertaraf tinggi juga. Itu semua jodoh dan rezeki. Sebelum ini pun saya kenal dan terima bekas suami sebelum beliau bergelar Datuk lagi. Kesimpulannya, siapa pun jodoh saya cukuplah sekadar yang dapat menerima saya seadanya, sayangkan saya lebih daripada saya sayangkannya.

Yang penting biarlah perkahwinan itu kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat. Tiada tempoh masa kalau jodoh sudah sampai insyaAllah saya terima.

RAHSIA SIHAT CANTIK

Apa yang saya amalkan ialah sebaik sahaja bangun tidur saya akan cuci muka termasuk menggunakan penyegar (toner) dan krim pelembab. Jika keluar rumah saya akan sapu krim pelindung matahari. Saya juga banyak minum air putih, 2 gelas sehari pada waktu pagi. Selalunya saya akan titiskan sedikit perahan lemon ke dalamnya.

Alin bersama Dr Nadzirah Abdullah.

Untuk solekan pula, saya akan minimumkan kalau tiada keperluan. Saya hanya pentingkan riasan pada kening, maskara dan lipstik.

Walaupun nampak lembut saya sebenarnya sukakan aktiviti-aktiviti lasak. Dan kalau tiada sebarang urusan penting berkaitan kerja selalunya saya lebih selesa menghabiskan masa bersama keluarga.

IMPIAN & HARAPAN

Banyak lagi impian saya yang masih belum tercapai dan dalam usaha untuk mengembangkan lagi kerjaya dalam bidang yang saya lakukan sekarang. Harapan untuk future husband pula, biarlah si dia menyayangi saya lebih daripada saya menyayanginya. Hormat ibu bapa dan terima saya seadanya. Itu pun sudah cukup.

Kebahagiaan berbeza-beza antara kita semua kerana orang itu sendiri yang akan rasa sama ada dia bahagia ataupun tidak. Bagi saya bahagia terletak di hati dan dalam diri masing-masing. Sentiasa dekatkan diri dangan Tuhan, inshaAllah hidup akan lebih bahagia malah diberkati.

TIDAK MUDAH MENGALAH

Kadangkala kita sering menyalahkan ujian tapi sebenarnya ujian itulah yang mengajar kita untuk menjadi yang lebih baik. Buat wanita-wanita di luar sana jika kita ditimpa ujian jangan cepat mengalah dengan hidup. Ramai lagi insan sekeliling kita yang sayangkan kita.

Percayalah, selepas ujian menimpa mesti Allah mahu berikan kita yang lebih baik. Benar apa yang orang kata, selepas hujan adanya pelangi. Sekarang saya percaya dengan kata-kata itu,” akhiri Alin.

Kredit Foto: Instagram @arelin_ismail

Sumber/Kredit : Nona

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:  https://bartasangbad.site/