
KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan terus mendengar dan membuat keputusan dalam kes rasu4h Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion.
Mohamed Zaini menolak permohonan Rosmah yang dikemukakan pada saat-saat akhir agar beliau menarik diri daripada mendengar kesnya.
“Maaf kerana membuatkan semua orang ternanti-nanti. Saya gagal mencari orang yang sudi menulis penghakim4n untuk saya, jadi saya terpaksa tulis sendiri.
“Saya harap unit penyelidikan maafkan saya tetapi saya tidak membaca pendapat mereka… sejujurnya, saya sentiasa melakukan sendiri tugas saya, sesusah manapun ia.
“Sesiapa sahaja boleh menyatakan pendapat masing-masing, namun, yang penting adalah pendapat saya sendiri,” katanya.
Hakim itu berkata berkata dokumen terbabit (kononnya penghakiman kes Rosmah yang bocor) bukanlah alasan penghakiman yang disediakan olehnya dan beliau tidak akan menggunakan ia dalam penghakiman.
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan berkata, beliau gagal mencari orang yang sudi menulis penghakiman menyebabkan beliau terpaksa menulisnya sendiri.
“Saya telah melakukan kajian sendiri. Saya telah menulis 200 penghakiman setakat ini dan semuanya saya tulis sendiri. Ramai yang tidak menyedari betapa sukarnya tugas saya. Saya tidak mempunyai prejvdis terhadap beliau (Rosmah),” kata beliau.
Mohamed Zaini berkata keputusan dalam kes Rosmah adalah dibuat berdasarkan fakta dan undang-undang.
Apa jua perasaan, kita tinggalkan di luar pintu sebelum duduk di kerusi hakim,” katanya sebelum menolak permohonan Rosmah.
Rosmah, 70, memfailkan permohonan itu atas alasan penghakiman yang bocor dalam kes beliau dan telah ditularkan oleh media massa serta elektronik pada 26 Ogos lepas disediakan oleh pihak lain.
Mahkamah benarkan penangguhan sementara tunggu rayuan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukum4n 10 tahun penjara terhadap Rosmah Mansor dan denda RM970 juta selepas didapati bersalah atas tiga tuduh4n rasu4h membabitkan projek tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembel4an gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakw4an.
Jika gagal membayar d3nda tersebut, Rosmah perlu menjalani hukuman p3njara tambahan 30 tahun.
Zaini bagaimanapun membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkan pelaksanaan hukum4n sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
Rosmah yang hadir dengan memakai baju kurung berselendang kuning kelihatan menangis teresak-esak ketika berucap di mahkamah, sejurus s4bitan dibaca di hadapannya.
Mengikut pertuduh4n pertama, Rosmah, 71, did4kwa meminta suapan untuk dirinya sendiri sebanyak RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas pegawai khasnya Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd, Saidi Abang Samsudin.
Wang berkenaan sebagai balasan bagi membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Bagi pertuduh4n kedua, dia did4kwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu di No 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta , pada 7 September 2017.
Rosmah did4kwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasu4h Malaysia 2009 dan boleh dihukvm di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman penj4ra maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Bagi pertuduh4n ketiga, Rosmah didakwa menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta.
Sumber :Bernama
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral
Sumber: http://www.mediakita.dnq.news/