“Tinggal Dgn Mentua…Saya Tk Masak…” Tak Sangka Aida Jebat Bvka Mvlut Status Hubvngan Brsama Mertuanya – Lubuk Viral

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat bersyukur mendapat layanan baik dan tidak perlu bersusah payah melakukan kerja rumah sepanjang berkahwin dengan pengacara Nabil Mahir. Memetik laporan Harian Metro, penyanyi berusia 30 tahun itu juga sempat berkongsi mengenai pengalaman tinggal sebumbung bersama mentuanya. “Tinggal dengan mentua, bagi saya tak ada pro dan kontra. Tak tahu pula orang lain. Tapi saya sangat suka.

“Mungkin sebab Nabil dia memang dulu kata ‘tolonglah jangan dapat isteri macam ibunya’, sekali dapat saya,” katanya.

Ayda berkata, dia akan dihalang oleh ibu mentua sekiranya melakukan kerja rumah kerana kediaman mereka sudah mempunyai pembantu untuk menguruskan hal-hal tersebut.

“Saya memang sekepala dengan mak dia, perangai kami sama, tak masak. Mak mentua jenis tak kisah, kalau saya di dapur dia akan cakap, ‘buat apa di dapur ni’. “Kalau nak kemas-kemas, dia cakap tak perlu, sebab pembantu pun ada. Mungkin orang lain pengalaman berbeza. “Lagi pula, sebelum kahwin pun, Nabil cakap dia jenis ‘family person’. Saya suka dan okay saja.

“Saya punya keluarga bukan begitu, sebab habis belajar kan saya sudah duduk sendiri,” ujar penyanyi lagu Temberang itu. Untuk rekod, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat berkahwin dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan cahaya mata Ana Nayla yang kini akan menginjak usia setahun. Ayda jebat juga memaklumkan dia tidak akan menerima tawaran untuk berlakon aksi mesra atau bersentuhan bersama pelakon lelaki lain, selepas ini.

Ayda membuat keputusan tersebut untuk menjaga maruahnya sebagai seorang isteri dan mahu menjaga air muka suaminya iaitu Nabil Mahir. Memanglah saya seorang pelakon, tapi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu itu perlahan-lahan sudah dipegang. Saya sudah tidak perlu cerita cinta yang kena bertepvk t4mpar atau berpegangan tangan dengan lelaki. Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir) , Instagram Ayda Jebat,

Ayda membuat keputusan tersebut untuk menjaga maruahnya sebagai seorang isteri dan mahu menjaga air muka suaminya iaitu Nabil Mahir. Memanglah saya seorang pelakon, tapi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu itu perlahan-lahan sudah dipegang. Saya sudah tidak perlu cerita cinta yang kena bertepuk tampar atau berpegangan tangan dengan lelaki.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber :Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir) , Instagram Ayda Jebat, OMM