Gelagat Ustaz Azhar Idrus Di Perarakan Kemerdekaan Undang Perhatian Ramai! – Lubuk Viral

Semalam Malaysia telah menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan yang ke-65. Sambutan meriah telah diadakan dengan perarakan dan pelbagai aset kerajaan dibawa bersama ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Ratus ribu rakyat turun bagi menyaksikan sendiri perarakan merdeka ini. Cukup berbangga melihatkan sambutan yang cukup meriah tahun ini.

Bagaimanapun, turut terlihat beberapa individu popular dan selebriti turut hadir memeriahkan suasana. Sudah pastinya kehadiran mereka sebagai penonton turut mendapat perhatian. Salah seorangnya adalah penceramah bebas dan terhormat, Ustaz Azhar Idrus.

Beliau cukup dikenali dengan personaliti cukup sempoi dan kelakar. Berikut adalah perkongsian rakaman gelagat Ustaz Azhar Idrus ketika menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan tersebut:

@mik0chan__

haish keluar barisan?

♬ original sound – ???? ???? – ???? ????

Dalam rakaman itu dapat dilihat figura ini seronok menyaksikan kontinjen perbarisan. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagatnya mengambil gambar peserta perbarisan dengan sangat dekat.

Malah beliau turut berada terlalu hampir dengan anggota perbarisan juga membuatkan ramai risau takut Ustaz Azhar Idrus dilanggar. Sempat juga si perakam memuat naik perkongsian rakaman ini mengusik Ustaz Azhar Idrus dengan kapsyen berbunyi, “Tengok perangai”.

Apa-apa pun perkongsian rakaman gelagat Ustaz Azhar Idrus di perarakan Kemerdekaan ini telah meraih jutaan tontonan. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Wow sempoi ustaz betul2 di tepi laluan kontinjen”

Screenshot at Sep 01 09-05-58

“Kalau dibiarkan lama2 risau dia ikut kawad sekali”

Screenshot at Sep 01 09-05-46

“Ustaz jangan lupa post nak tengok hasil rakaman tu”

Screenshot at Sep 01 09-05-31

“Ustaz tepi sikit orang lalu tu. Ape2 pun terbaik”

Screenshot at Sep 01 09-04-59

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: HCL