“Mesti comel kan?”- Terpaksa Jalani ‘Emergency Czer’, Akhirnya Alief Irfan & Isteri Sambut Baby Merdeka!- Lubuk Viral

Isteri kepada pempengaruh, Alieff Irfan selamat melahirkan bayi-bayi mereka sebuah pusat perubatan di Sri Kembangan, Selangor.

Berkongsi berita gembira itu, Alieff atau Muhammad Aliff Irfan Aziki, 25, memberitahu bahawa isterinya selamat bersalin dan berterima kasih kepada semua yang medoakan.

“Alhamdulillah. Isteri saya selamat melahirkan anak-anak kami. Terima kasih kepada semua yang mendoakan” katanya.

Isteri kepada Alieff difahamkan terpaksa menjalani ’emergency czer’ untuk bersalin, dan perkara tersebut dikongsikan oleh ibu mertuanya melalui laman instagram.

Video:

Sebelum ini, Alieff Irfan dan Bella mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata kembar . Seperti diketahui ramai, impian YouTuber Alieff Irfan dikurniakan cahaya mata dalam perkahwinannya bersama Bella bakal tercapai apabila isterinya disahkan mengandung.

Lebih manis lagi, pasangan ini turut mengumumkan bakal menimang baby kembar selepas genap 2 tahun penantian.

Sumber: instagram ietasaleh_ayla, irfxn__ dan diolah oleh Padu Gila

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: atozsangbad