Berita Baik, Perdana Menteri Umum Bantuan Kewangan Dan Bila Duit Akan Mula Diberi- Lubuk Viral

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023.

Berucap dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awan ke-18 (MAPPA XVIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini, Ismail Sabri membuat pengumuman yang paling dinantikan penjawat awam.

Bantuan RM700, RM350

Antaranya , perdana menteri mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2023 dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023.

Tambah cuti rehat ke 180 hari

Perdana menteri juga berkata kerajaan bersetuju menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai (GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memahami dengan beban tugas yang semakin besar dan mencabar, ramai anggota perkhidmatan awam yang tidak dapat menghabiskan cuti rehat tahunan mereka.

” Dengan kenaikan kadar maksimum GCR ini, membolehkan cuti itu disimpan bagi tujuan award wang tunai pada masa persaraan sekali gus meningkatkan tunai di tangan pada hari persaraan kelak,” katanya.

15 hari Cuti Rehat Khas untuk guru

Selain itu, kerajaan juga akan memberikan tambahan Kadar Cuti Rehat Khas sebanyak lima hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas (CRK) 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.

Ismail Sabri berkata, tambahan Cuti Rehat Khas itu akan memberi manfaat kepada lebih kurang 500,000 guru.

” Cuti ini bagi urusan yang mustahak dan kecemasan yang dibenarkan serta memberi peluang guru mengumpul jumlah Gantian Cuti Rehat (GCR) yang lebih tinggi,” katanya.

Keluasan tafsiran ahli keluarga untuk Cuti Tanpa Rekod

Perdana Menteri turut mengumumkan perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod (CRK) urusan kem4tian ahli keluarga terdekat.

” Jika sebelum ini cuti tanpa rekod bagi urusan kem4tian hanya tertakluk kepada kematian suami atau isteri, ibu kandung dan ibu mertua, bapa kandung dan bapa mertua serta anak saja, penambahbaikan tafsiran ahli keluarga diperluas kepada kem4tian membabitkan adik-beradik, nenek dan datuk bagi anggota perkhidmatan awam,” katanya.

KGT tambahan RM100

Penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 negara bakal menikmati Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 mulai Januari depan, kata Perdana Menteri, sebentar tadi.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pengumuman itu bakal dimanfaatkan seramai 1.28 juta penjawat awam dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion.

” Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada 2023, beliau akan menerima kadar

KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100 menjadikan jumlah KGT diterima pada 2023 adalah sebanyak RM180,” katanya ketika menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA XVIII) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat serta Menteri Kabinet.

Pengumuman Perdana Menteri itu adalah antara enam inisiatif yang diumumkan pagi ini, mendapat sorakan gemuruh kira-kira 8,000 penjawat awam yang hadir pada majlis pagi ini.

Sumber:bharian dan k0smo

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://www.asiakini.com/