Pelakon Nelydia Senrose Ded4h Sifat Suaminya Setiap Malam Kalau Dirumah – Lubuk Viral

Pelakon Nelydia Senrose akui banyak perubahan diri berlaku selepas berkahwin dengan suami, Mohd Hafez Halimi. Dapat suami tenang ,Berkongsi ketika ditemu bual di program Wanita Hari Ini, Nelydia, bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang matang dan ikhlas dalam memimpin ke jalan Allah. Ded4h aktres berumur 28 tahun ini, dia kini sedang dalam proses untuk berubah menjadi insan yang lebih baik. Mulanya saya tak faham tentang rumah tangga,

ingatkan berkahwin sama macam bercinta. Tapi sebenarnya, bila dah masuk alam perkahwinan, kita matang secara tak langsung. Dulu saya cepat memberont4k tapi bila dapat pasangan yang tenang, saya turn down. Hafiz mendidik tetapi tak mem4ksa. Bila saya tengok Hafiz jaga solat, saya pun ikut. Setiap manusia mesti akan ada rasa nak berubah jadi lebih baik. Saya pun perlahan-lahan nak berubah, Hafiz pun bagi sokongan moral. Sokongan moral itu penting. Sebab kita memang nak jadi lebih baik tapi kadang-kadang tak tahu nak pilih jalan.

Perangai Suami Suka dengar ceramah setiap malam

Tambah pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen, dia dan suami mempunyai jurang perbezaan umur selama 11 tahun namun itu tidak menjadi g4ngguan dalam berkomunikasi. Usia Hafiz jauh dengan saya. Saya belum sampai dekat umur dia tapi dia dah pernah lalui masa umur saya. Dia dah tau perangai masa muda.

Jadi, kami kena jumpa dekat half way (titik tengah) di mana Hafiz banyak nasihat. Dalam pada itu, pelakon drama Khilaf Asmara mended4hkan suaminya suka mendengar ceramah pada setiap malam dan itu menjadi salah satu medium yang menjentik hatinya.

Setiap malam Hafiz suka dengar ceramah. Saya rasa perkara itu sangat penting sebab bila dia buka ceramah, ada point yang betul akan jentik hati saya.

Kadang-kadang deg1l tak nak dengar cakap suami tapi bila dengar fakta betul, kita perlahan-lahan berubah. Banyak sangat saya berubah berbanding dulu dengan sekarang. Dari segi kawal emosi dan baran.

untuk rekod terdahulu, Dengan sekali lafaz, pelakon, Nelydia Senrose, 24, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35,. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin, dengan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid, dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka, di sini.

Sebelum acara akad nikah, majlis yang yang dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pihak menyaksikan Nelydia dan Hafez ditunangkan sebagai memenuhi syarat. Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM10,000 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.

Anggun mengenakan persalinan rona putih gading rekaan Ezuwan Ismail, Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen bersyukur segala perancangan sejak awal tahun berjalan lancar.“Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. “Allah memakbulkan doa saya ketika di Tanah Suci Makkah, termasuk dalam soal jodoh. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah,” katanya.

Berkongsi detik perkenalan, pasangan terbabit bersua buat kali pertama pada 6 April 2017. Setahun kemudian Hafez melamar Nelydia di Amsterdam, Belanda. “Asalnya, kami merancang untuk berkahwin pada tahun lalu. Begitupun, ada sahaja kekangan yang menghalang hasrat itu.

“Namun, di sebalik ujian dan halangan, saya serta suami melaluinya dengan baik. Sekembali daripada mengerjakan umrah, 5 Januari lalu, saya dan Hafez memutuskan untuk ke gerbang perkahwinan dan kami terus memulakan persiapan,” kata Nelydia sambil menyifatkan pasangannya itu seorang yang menenangkan hati, selain melengkapi kehidupannya. Esok, pasangan ini bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan berlangsung di lokasi sama.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Ohbulan