IBU kepada pelakon Remy Ishak kini masih lagi dalam keadaan kritik4l selepas menjalani pembed4han pada Khamis lalu akibat sakit jantung.
Berkongsi perkara tersebut, pengurus Remy memaklumkan ibu aktor tersebut iaitu Basrah Md Deris, 64, yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Besar Melaka telah dibawa ke Hospital Serdang untuk tujuan pembed4han.
“Ibu Remy dibawa ke Hospital Serdang dan telah menjalani pembed4han. Sekarang dia masih dalam keadaan krit1kal dan di bawah pemantau doktor.
Isteri Remy, Ezra turut memaklumkan pihak keluarga ada membuat solat hajat buat ibu mentuanya.
“Remy memohon doa semua agar ibunya kuat dan cepat sembuh. Dalam masa sama Remy juga mohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan kerana sibuk menguruskan ibu,” katanya.
Sebelum ini menerusi satu perkongsian di laman Twitter miliknya, pelakon Sangkar itu berkongsi berita sed1h ibunya sedang kritikal di Hospital Besar Melaka dan turut memohon doa orang ramai.
Sementara itu, isteri Remy iaitu Ezza Yusof juga berkongis perkara sama dengan memuat naik gambar bacaan doa selamat buat ibu mentuanya.
“Selesai solat hajat untuk mak. Mohon jasa baik semua doakan ibu mentua saya dikurniakan kesembuhan,” tulisnya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral
Sumber:mStar