“Saya Terus Terang..Saya Kalau Jumpa Kazar..” Datuk Yusof Haslam Luah Sesuatu Slepas Kazar Tldak Hadir Malam Semalam – Lubuk Viral

Ketiadaan pelakon Kazar Saisi pada Malam Gala Filem Abang Long Fadil 3 terbitan Skop Productions yang berlangsung, semalam, menimbulkan persoalan. Apatah lagi ketika ini 1su anaknya dikenali sebagai Ira Kazar yang did4kwa mengganggu rumah tangga pelakon Puteri Sarah dan suaminya juga pengarah Syamsul Yusof masih hangat diperkatakan. Penerbit filem, Datuk Yusof Haslam, 68, berkata, pihaknya bersama rakan kerjasama untuk filem itu, Astro Shaw sudah menjemput semua pelakon yang terbabit.

“Saya cakap terus terang, saya profesional, kita jemput. Saya cakap saya profesional, begitu juga isteri saya cakap perkara sama. Astro ada buat jemputan, begitu juga pihak Skop Productions. Kita tak pernah kata kita takkan jemput, saya takkan cakap macam itu,” katanya kepada Harian Metro. Yusof yang ditemui selepas tayangan filem Abang Long Fadil 3 berkata, apa yang berlaku adalah membabitkan hal peribadi. “Saya kalau jumpa Kazar tak ada bermasam muka. Bagi saya itu hal anak dia. Datuk Rosyam ada cakap saya kena jumpa dia, saya tanya kenapa nak kena jumpa. Tak ada pasal, itu hal peribadi,” katanya.

Sementara itu, Kazar, 63, atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi berkata, filem itu lebih penting daripada dirinya. “Saya tak hadir agar media boleh tumpukan pada filem Abang Long Fadil 3. Filem itu lebih penting daripada saya,” katanya. Ditanya sama ada dia mendapat jemputan bagi menghadiri acara itu, Kazar berkata dia dijemput oleh pihak Astro Shaw.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan Ira Kazar akan ditahan Pejabat Jabatan Ag4ma Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Menurut sumber Harian Metro, tindakan itu dibuat selepas Ira dipanggil bagi membantu s1asatan berhubung tindakan s4man yang difailkan Puteri Sarah di Mahk4mah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat ag4ma terhadap wanita itu pada 18 Ogos lalu. Ira Kazar dis1asat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kes4lahan Jenyah Sy4riah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Seksyen berkenaan berkaitan menghasvt suami atau isteri supaya bercer4i atau mengabaikan kewajipan.

Ia membabitkan mana-mana orang yang menghasvt, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercer4i atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesal4han. Jika disabitkan boleh did3nda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://www.mediakita.dnq.news/