Netizen Terkedu Wanita Ini Miliki Paras Rupa Dan Suara Seiras Fazura, “Eh Suara Pun Sama…” – Lubuk Viral

Sejak semalam, seorang wanita dikenali sebagai Elle menjadi bualan ramai di media sosial gara-gara mempunyai rupa paras yang sama dengan pelakon Fazura. Bukan sahaja kelihatan seiras malah suara dan gaya percakapannya juga turut disamakan dengan pelakon jelita itu.

Menerusi video yang dikongsikan ini, wanita itu menjawab soalan dari netizen yang mengatakan dia kelihatan sama dengan pelakon itu. Elle kemudian bercerita tentang pengalamannya bekerja di sebuah restoran makanan segera di mana ada yang turut mengatakan wajahnya sama seperti Fazura.

Namun apa yang membuatkan ramai terkedu ialah suara dan gaya percakapannya yang sama dengan gaya Fazura ketika bercakap. Dalam masa yang sama, video yang dikongsikan itu juga tular dan menerima lebih sejuta tontonan sebaik sahaja ianya dikongsikan.

Difahamkan, video tersebut turut sampai pada pengetahuan Fazura di mana pelakon itu juga sempat meninggalkan komen dan menegur kembar yang hangat diperkatakan itu. Berdasarkan tinjauan di akaun tersebut, wanita itu sering berkongsikan video perniagaannya sehinggalah ada yang menegur persamaannya dengan pelakon itu.

“Oh.. Hi twin.”

fazura

Di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama bersetuju wanita itu kelihatan begitu mirip sekali dengan Fazura. Malah ada yang menyangka wanita itu adalah Fazura pada awalnya melihatkan pada gayanya bercerita yang sama dengan pelakon jelita tersebut.

“Boleh tak fazura betul-betul duduk sebelah dia.”

pelakon

“Sumpah cara cakap pun.”

fazura

“Eh suara pun sama. I ingat tadi fazura betul.”

komen

“Aku repeat 2 kali video ni baru perasan yang dia bukan fazura…”

tik tok

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/