“lepas ni saya dah tak nak..”- Demi Jaga Maru4h, Akhirnya Ayda Jebat Nekad Buat Keputusan Ini – Lubuk Viral

Penyanyi dan pelakon popular, Ayda jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat memaklumkan dia tidak akan menerima tawaran untuk berlakon aksi mesra atau bersentuhan bersama pelakon lelaki lain, selepas ini. Menurut laporan Harian Metro, Ayda membuat keputusan tersebut untuk menjaga marvahnya sebagai seorang isteri dan mahu menjaga air muka suaminya iaitu Nabil Mahir.jelas pelakon yang berusia 30 tahun itu lagi, kejayaan sesebuah filem atau drama sebenarnya tidak bergantung kepada babak mesra  yang dilakonkan oleh seseorang pelakon.

“Memanglah saya seorang pelakon, tapi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu itu perlahan-lahan sudah dipegang. Saya sudah tidak perlu cerita cinta yang kena bertepuk tampar atau berpegangan tangan dengan lelaki.

“Era itu sudah berlalu dan saya kena didik peminat dan penonton di mana kita tidak perlukan filem sebegitu. Banyak saja filem atau drama seperti dari Korea Selatan yang tak perlu babak bersentuhan tapi masih buat kita senyum dan berbunga-bunga,” katanya.Tambahnya lagi, melakonkan aksi mesra atau bersentuhan bersama pelakon bukan mahram adalah sesuatu yang ‘manis’ untuk ditontonkan oleh umum terutamanya selebriti yang sudah mendirikan rumah tangga.

Pelakon kelahiran Melaka itu menegaskan, sudah tiba masanya untuk dia pencen dari lakonan yang melakukan babak mesra bersama pelakon lain kerana ada marvah yang perlu dijaganya selepas berkahwin.“Sekarang ini saya bukan bawa nama Ayda Jebat saja tapi saya juga bawa nama suami dan nama keluarga. Jadi, malulah. Mungkin dulu saya pun tak bagus, tapi selepas ini saya sudah tak nak,” jelasnya lagi.Untuk info, Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla yang dilahirkan pada 21 September tahun lalu.

Sebagai rekod terdahulu, Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan Berita gembira itu dimaklumkan suami Ayda yang juga pengacara Nabil Mahir. Nabil berkata, dia bersyukur apabila proses pembed4han bagi melahirkan bayi sulung dipermudahkan. “Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ayda selamat melahirkan anak pada jam 7.07 malam seberat 2.77 kilogram,” katanya ringkas kepada Harian Metro.

Terdahulu, Ayda menerusi hantaran di Instagram hari ini mended4hkan bakal melahirkan bayi sulungnya secara pembed4han seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang. “Assalamualaikum semua. Insya-Allah ‘baby wuvv’ (gelaran bayinya) akan keluar petang ini. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang. “Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya dan bayi sihat serta selamat. Amin,” tulisnya.

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengakui wang yang dikumpul ketika aktif berlakon sebelum ini membolehkan dia membeli apa yang diinginkan.Ayda berkata, setiap selebriti perlu selalu beringat dan tidak terlalu boros ketika berbelanja. “Wang simpanan saya tidaklah terlalu banyak, tapi saya memang menyimpan sejak terbabit dalam dunia seni. Saya selalu terapkan dalam diri untuk membuat simpanan pada masa mendatang. Jadi setiap bayaran projek yang diterima saya akan menyimpan dan selalu beringat untuk tidak terlalu boros,” katanya.

Menurut Ayda, bayaran sebagai pelakon yang diterima sebelum ini tidak sebanyak yang diterima ketika menjayakan penggambaran untuk sesebuah produk atau kempen media sosial.”Sebenarnya bayaran yang diterima daripada hasil lakonan tidaklah terlalu tinggi jika nak dibandingkan dengan projek penggambaran untuk produk atau kampen media sosial yang saya buat sekarang. “Kalau berlakon dulu saya perlu keluar duit banyak sebab hampir setiap hari keluar bekerja, tapi sekarang saya boleh melakukan kerja di rumah atau mengikut kesesuaian saya dan pelanggan,” katanya. Sumber: metro

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://www.viralkini.allnws.com/