Selepas Tiga Hari Najib Masuk Penjara, Tun M Akhinrya Bersuara- Lubuk Viral

Hari ini Bekas Perdana Menteri Najib Razak buat pertama kali muncul di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas dua hari menjalani hukuman p3njara di Penj4ra Kajang.

Beliau yang tiba pada jam 8:25 pagi tadi hadir bagi menghadiri perbicar4an kes penyelew3ngan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Masuk Hari Ke Tiga Najib di jatuhkan hukvman, berikut tulisan dan pandangan yang tajam dari Tun Mahathir

KEADILAN TERTANGGUH

1. Ada pepatah Inggeris yang berkata “justice delayed is justice denied” yang boleh kita terjemah sebagai “keadilan yang tertangguh adalah keadilan yang terabai”.

2. Kerana kes SRC Najib mengambil masa yang amat panjang (empat tahun) banyaklah kes-kes pencvrian, salah guna kuasa, rasuah yang melibatkan ramai tokoh-tokoh politik tertangguh dan tidak dihadap ke mahkamah. Ada penjenayah yang meningg4l dunia pun. Kelewatan perbicar4an akan menghasil keadilan terabai.

3. Sekarang Najib dibicara berkenaan kes lain yang juga akan mengambil masa yang panjang. Saya percaya hakim-hakim juga kurang senang dengan begitu banyak kes tertangguh. Kelewatan ini menjadi lebih buruk kerana perlakuan Najib dengan peguamnya. Bermacam alasan diguna untuk menghalang perbicaraan.

4. Sekarang banyak laporan dibuat berkenaan kes-kes rasuah yang serius yang belum dibicara. Besar kemungkinan penjenayah akan terlepas dari dihukum kerana jen4yah yang dilakukan oleh mereka.

5. Benarlah seperti pepatah Inggeris bahawa keadilan yang tertangguh adalah keadilan yang terabai.

6. Bagi Najib besar kemungkinan ia akan diampun setelah dipenjara.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

25 Ogos 2022

Peluang Najib dapat pengampunan kes 1MDB ’50-50′, kata Dr M

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad melihat bekas perdana menteri Najib Razak “mempunyai peluang 50-50” dan akhirnya mendapat pengampunan diraja dan kemudian membuat kemunculan semula politik.

“Ada 50-50 peluang beliau akan berjaya mendapat pengampunan dan kembali berpolitik. Beliau akan kembali dan dia mahu menjadi perdana menteri sekali lagi,” kata Mahathir dalam wawancara dengan agensi berita Bloomberg hari ini.

Mahathir berkata, Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan pengampunan kepada Najib dengan cara sama diberikan kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pada 2018 apabila beliau memohon pengampunan penuh diraja untuk bekas sekutunya selepas mereka bergabung untuk memenangi pilihan raya tahun itu susulan kemarahan rakyat terhadap Najib berhubung 1MDB.

Najib telah disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, dan denda RM210 juta atas tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang har4m dan pecah amanah jen4yah melibatkan RM42 juta dana SRC International, sebuah syarikat berkaitan 1MDB.

Beliau telah merayu terhadap sabitan dan hukuman yang dikenakan dan kes itu sedang dibicarakan di Mahkamah Persekutuan, dengan peguam Najib diarahkan mahkamah untuk membuat hujahannya esok.

Mahathir berkata, sekiranya mahkamah mengekalkan sabitan dan hukuman penjara Najib, “sudah tentu dia akan meminta pengampunan”.

Peguam yang mewakili Najib bagaimanapun enggan mengulas, lapor Bloomberg.

Jika Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan Najib, beliau akan dipenjarakan dan tidak akan dapat bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, yang mesti diadakan pada September tahun depan.

Mahathir berkata, pilihan raya umum semakin hampir dengan tiada parti yang berkemungkinan menang besar.

Beliau berkata parti baharunya, Pejuang, boleh membentuk kerajaan minoriti dan beliau tidak menolak gabungan dengan Anwar lagi walaupun sebelum ini bertelagah mengenai rancangan mengambil alih jawatan perdana menteri.

Bagaimanapun beliau tidak berminat menjadi perdana menteri buat kali ketiga, kata Mahathir.

Mahathir baru-baru ini memasang perentak jantung dan awal tahun ini memberitahu pemberita bahawa beliau tidak akan bertanding lagi kerana kesihatan dan usia yang kurang baik.

Bagaimanapun, pemimpin Pejuang “sangat marah jika saya katakan saya tidak bertanding,” katanya.

“Jadi jika saya cukup sihat – jika mereka masih mahukan saya – saya tidak boleh menafikan mereka, walaupun ia ‘membvnuh’ saya .”

kredit:fmt

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/