“Berbeza dgn jadual harian ‘Bossku’-Yana Dedah Keadaan Najib Masa Dlm Penj4ra Kajang- Lubuk Viral

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membiasakan diri dengan rutin baharunya di Penj4ra Kajang yang sama sekali berbeza dengan jadual terdahulu.

Perkembangan terkini itu dikongsikan anaknya, Nooryana Najwa menerusi aplikasi Instagram Story miliknya lewat malam tadi.

Menurut Nooryana Najwa, bapanya dalam keadaan sihat, malah, semangat perjuangan juga masih kuat walaupun selepas didapati bersalah menyel3weng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Katanya lagi, semalam wakil daripada barisan peguam dapat berjumpa bapanya di penj4ra.

“Keperluan asas daddy diberikan dan beliau sedang membiasakan diri dengan rutin baharu – berbeza dengan jadual harian ‘Bossku’ yang sentiasa padat.

“Terima kasih kami ucapkan kepada pegawai dan pengawal di Penj4ra Kajang kerana mengambil berat keadaan beliau. Kami sangat menghargai keprihatinan anda,” katanya.

Semalam, Nooryana Najwa memuat naik pesanan bapanya yang mahu mereka sekeluarga meneruskan perjuangan.

Katanya, dia sekeluarga di samping penyokong akan membuat yang terbaik bukan sekadar untuk Bossku tetapi juga untuk Barisan Nasional (BN), UMNO dan rakyat.

Menurut Nooryana Najwa, dia sekeluarga akan berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bagi bertemu bapanya yang terlibat dalam perbicara4n kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Bagilah ketenangan najib kat dalam,selama ni hidup dia celik mata jumpa rakyat,skrg buka mata jumpa warden”-komen seorang netizan

Najib kekal jalani hukuman di Penjara Kajang

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai akan terus kekal menjalani hukum4n di Penj4ra Kajang.

Satu sumber mended4hkan kepada Utusan Malaysia, waran yang dikeluarkan Pendaftar Mahkamah terhadap beliau sememangnya perlu menjalani hukum4n di penj4ra berkenaan.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia difahamkan, pihak peguam dan keluarga beliau boleh membuat permohonan kepada Jabatan Penjara untuk mempertimbangkan memindahkan Najib ke Penj4ra lain bergantung kepada alasan yang munasabah.

 

 

 

 

“Beliau (Najib) dipercayai menjalani hukuman di Penjara Kajang,” kata sumber itu secara ringkas.

Dalam pada itu, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan Jabatan Penjara Malaysia berhubung perkara itu.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Najib ditempatkan sementara di Penj4ra Kajang terlebih dahulu bagi urusan pendaftaran dan pentadbiran sehingga selesai.

Difahamkan, Najib ditempatkan di Penj4ra Kajang sementara waktu bagi ujian saringan kesihatan dan prosedur-prosedur lain

Sementara satu sumber lain memberitahu Utusan Malaysia, layanan serta kemudahan bagi bekas Perdana Menteri itu adalah sama selaras dengan ketetapan akta, peraturan dan prosedur Jabatan Penj4ra Malaysia.

Kata sumber itu, tiada layanan istimewa diberikan dan beliau perlu melalui proses berkenaan secara saksama seperti diperuntukkan dalam undang-undang dan peraturan penj4ra

Tindakan dan proses yang diambil oleh Jabatan Penjara adalah berasaskan ketetapan akta, peraturan dan prosedur penj4ra yang diguna pakai untuk menguruskan semua bandu4n

Diminta menjelaskan mengenai prosedur berkenaan, sumber memberitahu, mahkamah akan mengeluarkan w4ran di mana tertudvh akan menjalani hukum4n mereka.

Penjara yang diwarank4n perlu menerima mereka yang dinamakan di dalam w4ran itu menjalani hukum4n tertakluk kepada keputusan yang dikeluarkan Mahkamah.

Selepas itu, Jabatan Penj4ra akan membuat penilaian, sekiranya perlu Ketua Pengarah Penjara mempunyai kuasa untuk memindahkan mana-mana bandu4n ke penj4ra yang bersesuaian dengan keadaan bandu4n.

Dalam pada itu, sumber berkata, penjara boleh mempertimbangkan pengasingan sel bagi mana-mana banduan yang dikategorikan sebagai berprofil tinggi.

Pertimbangan ini dibuat berdasarkan keselamatan penjara dan bandu4n itu sendiri

Kelmarin, panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengekalkan sabit4n salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Mahkamah turut mengekalkan sabitan dan hukuman pen4ra 12 tahun serta denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini.

Dengan keputusan itu, di akhir prosiding berkenaan, Najib akan mula menjalani hukum4n pen

“Gaya hidupnya di ‘hotel tujuh bintang’- Anwar Jelaskan Kenapa Kehidupan Najib di Penjara Akan Jadi Sukar

SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kehidupan penj4ra akan menjadi sesuatu yang sukar untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang biasa dengan kehidupan mewah.

Beliau berkata, meskipun difahamkan Najib akan menerima layanan lebih baik termasuk mendapat beberapa kemudahan, ia tentunya amat sukar berbanding dengan gaya hidup ‘hotel tujuh bintang’.

“Daripada apa yang saya faham daripada rakan sekerja lama saya, pegawai penjara, Najib akan diberi layanan yang lebih baik, dia akan diberikan beberapa kemudahan tidak seperti ketika saya di penj4ra dulu.

“Jika dibandingkan dengan gaya hidupnya di hotel tujuh bintang, sekarang dia perlu mengalami sesuatu yang amat sukar,” katanya memetik temubual menerusi ‘Squawk Box Asia’ CNBC disiarkan pada Rabu.

Anwar berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabit4n dan hukum4n ke atas Najib dalam kes SRC International adalah satu permulaan yang baik bagi membentuk pembaharuan Malaysia sebagai negara demokrasi.

“Saya rasa ini permulaan yang baik, ia melakukan pembaharuan dan mematangkan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang bertenaga dengan institusi yang kukuh.

“Pemimpin politik, elit politik yang terus melakukan kesalahan tanpa impunitas, mereka fikir mereka tidak dapat dikalahkan dengan undang-undang, tetapi sekarang, mesejnya sangat jelas,” katanya.

Justeru katanya, kredit mesti diberikan kepada rakyat yang telah memutuskan perubahan menerusi pilihan raya umum (PRU).

“Kita perlu teruskan. Jika mereka berazam untuk memastikan negara ini selamat daripada pemimpin yang korup, maka mereka perlu mengambil pendirian memilih mereka yang tidak korup,” katanya.

Mahkamah Persekutuan pada Selasa mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib atas kesalahan salah guna kuasa, pengubahan wang har4m dan pecah aman4h berjumlah RM42 juta dana SRC International.

Najib dan Rosmah ketika di tampuk kuasa, kini hanya tinggal kenangan

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/