Semua sedia maklum, persengketaan antara Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli telah tamat baru-baru ini.
Memilih Menamatkan Persengk3taan
Selepas beberapa bulan ‘berper4ng’ di media sosial, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman memilih menamatkan pers3ngketaan dan membuka kisah baharu bersama Iqbal yang juga seorang usahawan.
Menerusi satu hantaran di laman Instagram, usahawan berusia 51 tahun itu mengakui terdapat hikmah atas perkara berlaku dan ingin memperbaiki hubungan yang sudah terjalin sejak lapan tahun lalu.
Kongsi Momen Bersama
Melihat di Instagram DSV dan Iqbal, masing-masing sedang rancak menunjukkan keakraban mereka setelah memilih untuk berdamai.
View this post on Instagram
Banyak momen bersama yang dikongsikan oleh mereka kepada peminat dan rata-rata peminat mendoakan agar DSV dan Iqbal untuk tidak melengahkan lagi perkahwinan mereka.
Diajak Pergi Gym Jam 3 Pagi
Terbaru, Iqbal turut berkongsikan kepada peminat di Instagram Storynya apabila dia cuba memenuhi permintaan DSV yang mengajaknya untuk pergi ke gym pada jam 3 pagi.
Stressla saya macamni, tiga pagi nak turun main gym. Bersenam tidaklah mana pun, mulut saja yang kuat. Kalau di rumah tidak kisah…
Tambah Iqbal lagi, aktivitinya ke gym pada jam 3 pagi tersebut bukanlah semata untuk bersenam, tetapi lebih kepada berborak.
Dalam video tersebut, kelihatan DSV dan Cik B juga turut pergi ke gym bersama-sama Iqbal di sebuah hotel di Penang.
View this post on Instagram
Iqbal Tersentuh Tonton MV Datuk Vida, Ku Ikhlaskan: “Lagu Itu Memang Untuk Saya, Ini Buktinya…”
Single terkini usahawan Datuk Seri Vida, Ku Ikhlaskan memang sedang menjadi bualan ramai malah diparodikan oleh beberapa pihak.
Bukan mengenai lagu sangat yang diperkatakan wargamaya, tetapi adalah imej Vida yang disifatkan jel1k, h0d0h dan keterlaluan dalam muzik video yang disiarkan bersama lagu tersebut sejak pukul 3 pagi semalam.
Malah, MV Ku Ikhlaskan juga telah menerima tontonan hampir 1 juta di YouTube dalam tempoh kurang 24 jam ia disiarkan.
Salah seorang yang telah mendengar dan menonton MV tersebut adala bekas pembantu peribadi yang juga lelaki yang hampir menikah dengan Vida, Iqbal.
“Ya, saya sudah dengar selepas beberapa jam lagu tersebut dimainkan di radio,” kata Iqbal saat dihubungi Gempak.
View this post on Instagram
Sambil memuji muzik video Vida yang disifatkan sangat internasional seperti milik penyanyi Lady Gaga dan Agnes Monica, Iqbal mengaku imej lelaki muda yang ditonjolkan dalam visual tersebut adala jelmaan dirinya.
Malah, Iqbal bersetuju jika penonton mengaitkan lagu Ku Ikhlaskan tersebut ditujukan Vida buatnya selepas hubungan cinta mereka tidak berakhir ke jenjang pelamin.
“Kalau orang kaitkan lagu tersebut dengan saya, ya saya rasa memang lagu itu untuk saya.
“Sebab dalam babak pertama muzik video, kalau perasan frame gambar sewaktu dipegang Datuk Vida, itu adalah muka saya yang dipangkah. Saya memakai baju biru dan sedang menyarungkan kasut.
“Mungkin orang luar tak perasan, tapi saya perasan (diri sendiri),” kata Iqbal lagi.
View this post on Instagram
Dia yang kini sibuk menceburi dunia lakonan menambah: “Imej lelaki lebih muda, ya itu memang ditujukan untuk saya. Banyak momen momen yang membuat saya tersentuh dari muzik video tersebut.”
Meski memuji hasil kerja tim dan Vida menghasilkan single tersebut, Iqbal mengaku kurang suka dengan vokal penyanyi itu yang disifatkan sebagai sudah ‘dicantikkan’ terlalu banyak.
“Saya kurang suka tune suara lari banyak dari yang asal sampai lupa ini suara DSV atau ini bukan ke? Part original itu sudah hilang.
Saya pun penyanyi dan saya pesan kalau saya menyanyi, biarkan suara saya walaupun buruk, masih boleh didengar dengan jelas. Jangan lari sangat,” katanya.
Sumber/Kredit : murai.my, gempak.com
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral
Sumber: https://bartasangbad.site/