Dari Pramugari Sampai Ratu Cantik, Kenali 3 Bekas Isteri Amy Search Yang Ramai Tak Tahu- Lubuk Viral

Jika disebut sahaja nama Amy Search, pasti umum mengenali penyanyi rock penuh aura ini. Peminat kumpulan Search serta peminat Amy sendiri bukan berada di Malaysia saja, malah di Indonesia juga ramai yang menjadikan dirinya sebagai idola.

Setelah 16 tahun berkahwin buat kali ke-4 bersama Norish atau nama sebenarnya Norhasniza Hassan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 15, Sania Samara, 14, dan Qaqa At-Tameemi, 10 tahun.

Foto: Berita Harian

Seperti yang diketahui, Amy sebelum ini pernah gagal dalam perkahwinan sebanyak 3 kali sejak di usia muda lagi. Tapi inilah hidup, kita tidak boleh menjamin, tidak pula boleh menentukannya. Kerana semua ini sudah diatur oleh Yang Maha Kuasa.

Kami mahu kongsikan kisah 3 pernikahan Amy terdahulu yang berakhir dengan perpisahan seperti yang diambil dari wikipedia.

Faridah Fadzil

Pada usia 25 tahun, Amy telah menamatkan zaman bujangnya buat kali pertama pada tahun 1983. Perkahwinan Amy pada ketika itu tidak terdedah dengan liputan media, memandangkan pada ketika itu Search belum melahirkan album lagi. Wanita bertuah itu dikenali sebagai Faridah Fadzil dan mereka dikurniakan cahaya mata, pelakon Nabila Huda. Perkahwinan ini hanya bertahan selama 2 tahun kerana mereka bercer4i pada 1985.

Noorliza Abdul Latiff

Sumber: Arkibnegara.blogspot.com

Selepas 5 tahun memegang status duda, Amy memutuskan untuk berkahwin dengan Noorliza Abdul Latiff  pada September 1990 dan ada sumber mengatakan wanita tersebut bekerja sebagai pramugari MAS. 4 tahun menjalani kehidupan suami isteri namun berakhir dengan pencer4ian.

Walaubagaimanapun dalam tempoh perkahwinan ini, pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata.  Difaham Noorliza pernah berlakon dan pernah muncul sebagai watak tambahan dalam filem Litar Kasih (1996).

Roslisa Ahmad

Sumber: Arkibnegara.blogspot.com

Tempoh duda Amy buat kali kedua tidak lama. Hanya lebih kurang 8 bulan selepas bercer4i, Amy berkahwin pula dengan Roslisa Ahmad pada Jun 1995. Seperti yang dilaporkan oleh Arkibnegara.blogspot, Roslisa pernah bergelar Ratu Cantik di Singapura. Amy & Roslisa dikurniakan cahaya mata, Irisha Myra (lahir pada 1997), dan mereka bercer4i pada 2000.

Wajah Irisha ada iras Nabila dan mesra dengan ahli keluarga Amy yang lain. Irisha kini menetap dengan Roslisa di Amerika Syarikat.

Pada usia 45 tahun, Amy akhirnya bertemu jodoh dengan Norish dan mereka berkahwin pada Oktober 2003. Perkahwinan kali keempat Amy terbukti utuh dan bertahan sehingga kini.

Sumber/Kredit : murai.my

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bartasangbad.site/