“Untung adik beradik semua suara sedap…”- Khai Bahar & adik2 dipuji ramai- Lubuk Viral

Penyanyi, Khai Bahar bukanlah nama yang asing lagi bagi peminat muzik tempatan apabila selebriti lelaki ini sudah berjaya menempa nama sebagai salah seorang yang digemari ramai dengan bakat suaranya itu.

Bukan sekadar mempunyai rupa paras, suara Khai Bahar seiring menyebabkan video-video nyanyiannya sentiasa memukau warganet. Malah dia juga dikatakan penyanyi nombor satu lelaki mempunyai suara yang boleh menarik nada tinggi dengan mudah seperti wanita.

Umum diketahui Khai Bahar merupakan penyanyi yang sering membuat video nyanyian cover lagu penyanyi-penyanyi lain. Kali ini pula, rakaman video Khai Bahar mendendangkan lagu berjudul Ketika Cinta Bertasbih membuatkan ribuan warganet tertarik selepas dimuat naik melalui platform TikTok.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94)

Walau bagaimanapun, video tersebut semakin menjadi tumpuan peminat Khai Bahar kerana dia turut berduet dengan dua lagi adik-beradik perempuannya menyebabkan ada yang tergamam. Mana tidaknya, video berdurasi lebih satu minit ini membuatkan warganet dapat mendengar suara adik-beradik Khai Bahar yang ternyata bukan dirinya sahaja yang mempunyai bakat suara merdu malah dua adik-beradik perempuannya ini juga sama.

Video throwback Instagram live dikongsikan di akaun bernama Khaibaharvideo tersebut membuatkan ruangan komen turut dihujani dengan pelbagai reaksi positif warganet yang memuji suara mereka.

“Betul semua sedap suara”

Khai Bahar

“Bestnya!!!”

IMG_20220812_161435

“Sedapnya suara adik-beradiknya”

IMG_20220812_161443

“Wah suara adik-beradik. Sangat mantap”

Khai Bahar

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:HCL