Pelajar melutut sambil dengar cikgu m4rah, kemudian minta maaf sentuh kaki. Ini yg berlaku- Lubuk Viral

TINDAKAN seorang guru wanita memar4hi pelajar lelaki di sebuah sekolah menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Menerusi rakaman dimuat naik seorang pelayar di TikTok, dapat didengar pendidik itu menggunakan nada suara tinggi ketika ‘menegur’ kesalahan dilakukan oleh pelajar tersebut.

Pengguna media sosial itu menganggap tindakan guru tersebut sebagai membvli pelajar, sebagaimana yang ditulis di ruangan kapsyen perkongsian itu.

“Guru SMK S******n J**a (SJ) 2 buli pelajar India di sekolah tersebut.

“Apakah tindakan yang diambil oleh pihak sekolah, PPD (Pejabat Pendidikan Daerah), JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), Adun SJ YB (Yang Berhormat) Guna,” tulisnya.

Dalam video itu, guru wanita berbaju kurung tersebut dilihat mempersoalkan perbuatan vandalisme, dipercayai dilakukan oleh pelajar terbabit.

Teguran diberikan oleh pendidik itu dalam keadaan pelajarnya itu sedang melutut sambil mendengar kesalahan dinyatakan.

“Kenapa awak ketuk pintu sampai macam nak rob0h.

“Awak nak pecahkan pasu, conteng dinding. Benda elok awak jadikan tak elok.

“Kenapa awak buat? Cerita saja pada kami! Kita nak tahu ni apa nak tolong kamu ni sebenarnya. Apa masalah awak? Kenapa tak suka tengok benda tu cantik?” soal guru tersebut.

Namun, pelajar lelaki itu hanya diam memb1su tanpa memberikan sebarang jawapan sambil melihat ke arah wajah guru yang sedang memar4hinya.

Guru tersebut bersama perakam video kemudian terus memberikan kata-kata teguran sebagai pengajaran kepada pelajar ini dengan membandingkan rumah pelajar itu dengan sekolah.

Pelajar itu dalam keadaan melutut ketika dimarahi guru.

“Sebab rumah awak pun burvk? Rumah awak macam tong sampah ke?” tanya guru tersebut tapi masih tiada respons diberikan oleh pelajar berkenaan.

Dalam pada itu, menerusi video sama dapat didengar suara menyatakan bahawa bapa kepada pelajar ini merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat jualan kereta, dipercayai suara perakam.

Berdasarkan perbualan antara guru dan perakam, pelajar tersebut dikatakan datang dari sebuah keluarga yang ‘senang’ justeru mereka berdua mengandaikan rumahnya berada dalam bersih dan perkara sama perlu dilakukan dalam menjaga suasana dan kebersihan sekolah.

“Rumah awak bersih kan? Rumah awak cantik kan?

“Sekolah pun kena cantik juga. Tempat awak belajar tahu tak,” tambah guru itu lagi.

Saya setuju dengan cikgu ni. Saya dulu pun selalu kena mar4h.

Setelah mendengar segala yang dikatakan oleh gurunya, pelajar tersebut memberi respons menyatakan bahawa dia akan menggantikan segala keros4kan yang dilakukan.

Setelah meminta maaf, dia dilihat memegang kaki guru wanita itu sebelum beredar.

Susulan video tular itu, warga maya mula menghujani ruangan komen dengan memberikan pendapat mereka mengenai tindakan guru tersebut.

Rata-rata mereka tidak setuju bahawa tindakan guru berkenaan terhadap pelajarnya dianggap sebagai gejala bvli.

Dalam masa yang sama tindakan pelajar tersebut meminta maaf juga menjadi perhatian dan dipuji warga maya kerana menganggap dia dididik dengan baik oleh keluarganya.

“Apa benda cikgu bvli… Budak itu mengaku dia bersalah. Dulu kena jalan itik naik atas kerusi kena rot4n dalam perhimpunan. Tak ada hal.

Komen netizen di TikTok.

“Apa aku tengok cikgu ni ikhlas dan budak ni nampak sangat baik adab dia Allahuakbar. Aku respect dua-dua guru dan murid. Memang ada kasih sayang.

“Saya setuju dengan cikgu ni. Saya dulu pun selalu kena mar4h. Hari ni saya doing good in life. Terima kasih cikgu.

“Sebenarnya budak tu didikan famili dia bagus. Sebab tu dia sentuh kaki cikgu tu. Tu tunjuk ajar dari emak yang bagus.

“Inilah cara guru mengajar, Me*h*n (pemilik akaun). Awak nak budak-budak sekarang ni lembik dan d3gil macam batu ke? Bersyukur cikgu dekat sekolah tu tak rot4n dia ya.

“Vandal1sme ni kalau ikutkan antara kesalahan besar di sekolah. Jadinya memang cikgu akan mar4h,” komen netizen.

mStar cuba menghubungi sekolah berkenaan untuk mendapatkan penjelasan daripada pengetua, namun cubaan tersebut g4gal.

kredit: mstar

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/