Fazura Ditanya Isu NeeIofa Cakap ‘Serabut Betul Komen Diana Ni’. Ini Jawapan Fazura Bagi- Lubuk Viral

Beberapa hari lalu, tular di media sosial mengenai tndakan NeeIofa yang menzahirkan rasa kurang senang terhadap komen seorang ntizen ketika dia sedang bersiaran langsung di TikTok.

Pengguna bernama Diana itu meninggalkan komen bertubi-tubi mengenai bagaimana bagusnya jika Fazura juga mengeluarkan produk inai seperti NeeIofa.

Menerusi video yang tular, seorang pengguna TikTok dikenali Diana meninggalkan komen yang berbaur ‘prov0-kasi’ apabila membayangkan ada selebriti lain turut sama mengeluarkan produk inai sepertinya.

” Kalau Fazura keluar inai mesti lagi best,” tulis Diana di ruangan komen.

Tidak selesa apabila nama selebriti lain ‘dipetik’ di ruangan komen, NeeIofa meminta Diana disekat daripada mengikutinya.

” Tolong block si Diana ni, serabut betul komen dia.” kata NeeIofa.

Wartawan tanya Fazura berkenaan isu tersebut

Sementara itu, selebriti popular Fazura turut ditanya oleh wartawan berhubung isu yang tular membabitkan NeeIofa itu.

Namun, Fazura mengambil pendekatan untuk tidak mengulas susulan namanya terkait dengan isu ‘komen Diana’ yang timbul ketika sesi siaran langsung TikTok oleh NeeIofa, baru-baru ini.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu berkata, dia tidak perlu untuk menjawab soalan mengenai isu itu kerana ia tiada kena mengena dengan dirinya.

Ini tiada kena mengena dengan saya

” Saya rasa ini tiada kena mengena dengan saya, Diana ke apa benda nama tu, takde kena mengena dengan saya. Saya ada mendengar mengenai isu itu.

” Soalan ini tidak seharusnya diajukan kepada saya. Apa yang berlaku di luar sana saya tidak tahu menahu.

” Daripada komen perkara yang saya tidak tahu, lebih baik saya fokus pada apa yang saya lakukan sekarang,” katanya.

Fazura menjawab perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media Faztival Fazura di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Terdahulu, NeeIofa meluahkan rasa kurang senang terhadap komen seorang netizen yang dilihat sengaja memanaskan keadaan ketika dia sedang membuat siaran langsung di TikTok.

Menerusi sesi siaran langsung itu, NeeIofa dan suami berkongsi tentang produk mereka serta perancangan untuk melancarkan produk kecantikan.

Dalam pada itu, nama Diana juga trending dan diperkatakan oleh netizen di Twitter.

Menerusi di ruangan komen berkenaan, rata-rata warganet tidak menyangka NeeIofa akan bertindak sedemikian.

Namun ramai yang menyebelahi NeeIofa kerana individu tersebut cuba melakukan prov0-kasi tidak bertempat dan kebudak-budakan.

NeeIofa jawab isu produk inai konon dia tak adil

Dalam ‘ive’ yang sama, NeeIofa turut menjawab isu berkenaan produk inai mereka iaitu Innai Nunha yang terpalit kntroversi apabila mereka dikatakan bersikap tidak adil kepada stokis dan ejen.

Perkara tersebut hangat diperkatakan di media sosial apabila sebuah video TikTok tular yang mendakwa pihak pengurusan meminta bayaran tunai daripada stokis dan ejen jika mahu mendapatkan produk berkenaan.

NeeIofa bagaimanapun menyangkal tuduhan itu ketika bersiaran langsung di TikTok bersama Haris.

” Bayaran ini bukan paksa atau anda hanya boleh bayar cara ini sahaja, secara online (dalam talian) sahaja. Kita bagi kebebasan. Anda boleh pilih.

” Jadi jangan ada isu-isu macam ini sebab kami bagi banyak pilihan dan kelonggaran untuk anda (stokis dan ejen).

” Kita bukan paksa anda nak bayar online atau tunai, kita bagi pilihan untuk anda buat keputusan,” katanya.

Sementara itu, menerusi Instagram Haris, pendakwah bebas itu memaklumkan bakal mengambil tndakan undng-undng ke atas seorang wanita dikenali sebagai Wani kerana dipercayai membuat kenyataan berbaur f1tnah terhadap mereka.

Sumber:hmetr0

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauais.pw/