‘Klu Tak Cukup Telefon Sbb Susah Nk Dihubungi, Sy Nak Hadiahkn Satu’ – Adi Putra Seakan S1ndir Studio Kembara – Lubuk Viral

” Boleh hubungi Studio Kembara.”

Demikian jawapan pelakon terkenal, Datuk Adi Putra ketika dihubungi HarianMetr0 bagi mendapatkan penjelasan mengenai hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Mnerusi hantaran itu, Adi, 41, yang melakonkan watak Mat Kilau dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan seolah-olah menyindir penerbit filem itu, Studio Kembara yang sukar dihubungi.

” Assalamualaikum, kepada Kembara Studio Sdn Bhd (Studio Kembara), andai tidak cukup ‘handphone’ (telefon bimbit) kerana susah nak dihubungi.

” Saya sudi hadiahkan satu ‘handphone’ agar mudah untuk berkomunikasi dan berurusan.

” Akan kerana ini saya manfaatkan di ‘socmed’ (media sosial) agar mesej saya sampai ke pihak Studio Kembara,” katanya.

Menerusi status sama, Adi dengan tegas menyatakan tidak akan menghadiri tayangan gala filem itu di Jakarta, Indonesia.

” Insya-Allah saya tidak akan hadir Tayangan Gala Filem Mat Kilau di Jakarta. Terima kasih,” katanya yang memegang watak utama filem Mat Kilau yang meraih kutipan lebih RM90 juta.

Hantaran itu turut disertakan keterangan yang mana Adi berharap mesej itu sampai ke pengetahuan pihak berkenaan.

” Semoga mesej ini sampai ke pihak berkenaan dan semoga Allah permudahkan segala urusan,” tulisnya.

Sementara itu, cubaan HarianMetro mendapatkan kenyataan daripada penerbit, Abdul Rahman Mt Dali berkenaan perkara yang terjadi tidak berjaya apabila mesej dihantar tidak berbalas.

Dalam satu komen, pihak yang dipercayai wakil Kembara Studio menyatakan mereka mengambil maklum mengenai teguran tersebut dan akan memanjangkan perkara itu kepada pihak pengurusan.

Rata-rata pengikut Instagramnya pula cemas apabila melihat Mat Kilau sudah ‘marah’ dengan apa yang berlaku.

Adi Putra akui dibayar mahal

Bagaimanapun Adi Putra tidak menyatakan sebab sebenar hantaran itu dibuat.

Terdahulu Adi Putra mengakui menerima bayaran tinggi membawa watak Mat Kilau untuk filem arahan Syamsul Yusof.

Namun, untuk mendedahkan jumlah sebenar bayaran yang diterima, Adi, 41, lebih selesa kunci mulut.

” Ya memang benar (bayaran mahal). Sebab ia memerlukan kudrat dan segala-galanya. Tetapi bajet ini bukan satu ukuran kalau nak hasil yang lebih baik, tentulah sudah semestinya memerlukan peruntukan yang lebih.

” Ia bagi mendapatkan satu kualiti yang lebih mantap dan padu. Tentang berapa jumlahnya? Tak apalah, biar Allah saja yang tahu,” katanya.

Penerbit Mat Kilau janji bonus

Tiba-tiba, nama Abdul Rahman Mt Dali tular selepas filem mengangkat perjuangan pahlawan terbilang, Allahyarham Mat Kilau Iman Rasu yang diterbitkan syarikat miliknya, Studio Kembara meraih kutipan pecah panggung lebih RM90 juta.

Kali pertama bertemu usahawan berusia 62 tahun ini pada tayangan perdana filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, ternyata insan ini peramah dan merendah diri.

Tutur bicaranya tersusun rapi dan penuh hati-hati.

Biarpun diasak soalan panas berhubung kontroversi termasuk apa yang dikatakan rasa tidak puas hati waris Mat Kilau terhadap filem ‘box office’ itu, namun pertanyaan dijawab secara diplomasi tanpa mengguris hati sesiapa.

Justeru, tidak hairanlah andai keperibadian terpuji serta sikap merendah diri Abdul Rahman itu mencuri perhatian ramai termasuk pendakwah bebas, PU Amin seperti dikongsi di akaun Facebook (FB).

Mendekati Abdul Rahman, peneraju baharu industri filem ini mengakui kurang selesa andai perkara peribadi didedahkan kepada khalayak.

Mengulas kejayaan luar biasa filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Abdul Rahman yang juga Pengarah Urusan Studio Kembara meluahkan rasa syukur.

” Ketika mula menghasilkan filem ini, saya memang yakin ia mampu mendapat kutipan pecah panggung berdasarkan kualiti yang kami sajikan.

” Walaupun ada yang menasihatkan saya supaya tidak menghasilkan filem begini kerana susah untuk mendapat sambutan, selain kos pembikinan tinggi, namun saya teruskan juga hasrat.

” Saya yakin filem ini ada peminat kerana penonton kita berfikiran kreatif dan mempunyai cita rasa pelbagai,” katanya kepada BH Online.

Bagi menghargai penat lelah mereka yang terbabit dalam pembikinan filem ini, Abdul Rahman berjanji akan berkongsi rezeki dengan mereka melalui bonus.

” Sepatutnya, berita ini saya nak jadikan kejutan. Tetapi, apabila perkara ini sudah ditanya, saya hendak umumkan iaitu memang ada perancangan memberi bonus kepada semua individu terbabit.

” Selain itu, saya ada perancangan lain bagi memajukan seni persilatan. Saya mahu lebih ramai anak muda terbabit dalam dunia silat yang mampu menerapkan nilai positif dalam diri mereka.

” Apakah bentuk atau cara yang akan saya lakukan untuk merealisasikan hasrat itu, ia akan diberitahu kelak,” katanya yang tidak memperincikan formula agihan bonus yang bakal dinikmati kru dan pelakon filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan kelak.

Berpengalaman dalam perniagaan perkhidmatan hspital, Abdul Rahman adalah pemilik merangkap Pengarah Urusan, Pusat Perubatan Islam, Az-Zahrah serta membuka rangkaian klinik.

Selain itu, beliau juga menceburi perniagaan lain seperti pembangunan dan latihan serta makanan.

Sumber:hmetr0

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://thebolalive.com/