Wan Sharmila disebut bakal jadi menantu, sekali ibu Shuib buka mulut “InsyaAllah saya akan lebih gembira”- Lubuk Viral

MEMUAT naik gambar bersama dan saling berbalas komen, ada segelintir netizen yang anggap ibu kepada pelawak Shuib iaitu Salamiah Jalani, seakan-akan memberi bayangan bahawa pelakon Wan Sharmila bakal menjadi menantu baharunya.

Malah menerusi TikTok, Salamiah menimbulkan tanda tanya peminat apabila meletakkan kapsyen berbunyi, ‘biar gambar berbicara’ yang menyebabkan lebih banyak spekulasi dan andaian peminat.

Menjelaskan segala kekeliruan itu, Salamiah berkata, gambar yang dimuat naik hanyalah sekadar perkongsian sebagai kenang-kenangan bersama Wan Sharmila kerana dia juga meminati pelakon itu.

shuib 33

Salamiah gembira jika Shuib kembali bertemu jodoh.

Mengulas jika aktres berkenaan bertemu jodoh dengan Shuib, sebagai ibu dia menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah.

“Tentang bakal jadi menantu, saya serahkan sepenuhnya kepada Allah. Kita hanya merancang, tetapi Allah yang mengatur segala-galanya.

“Saya seorang peminat Wan Sharmila, gembira dapat berjumpa dengan dia,” katanya kepada mStar.

Pelakon 7 Hari Mencintaimu itu hadir sebagai salah seorang tetamu ketika majlis bacaan t4hlil bersempena setahun pemergian Allahy4rham Siti Sarah Raisuddin pada Isnin lalu di kediaman Shuib di Puchong, Selangor.

Siti Sarah meningg4l dunia pada 9 Ogos 2021 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) akibat c0vld-19.

Dalam pada itu, Salamiah berkata, selepas setahun pemergian menantu kesayangannya, dia tidak menolak jika Shuib kembali bertemu jodoh dengan wanita pilihannya suatu hari nanti.

Soal jodoh siapalah kita hendak menghalang? Apa yang boleh buat Shuib gembira, InsyaAllah saya akan lebih gembira.

SALAMIAH JALANI

Sebagai ibu, dia mahu melihat anaknya hidup bahagia dan gembira.

“Siapa yang tidak mahu tengok anak bahagia? Yang pergi tetap pergi. Yang masih hidup kena teruskan kehidupan.

“Saya tidak kisah andai Shuib mahu kembali berkahwin. Soal jodoh siapalah kita hendak menghalang? Apa yang boleh buat Shuib gembira, InsyaAllah saya akan lebih gembira.

shuib 34

Shuib tidak pernah mengabaikan tanggungjawab menjaga anak-anak.

“Shuib seorang anak yang baik, ayah bertanggungjawab. Dia tidak pernah mengabaikan anak-anak. Saya sentiasa doakan Shuib terus kuat menjalani kehidupan,” jelasnya.

Terdahulu gambar yang dikongsi oleh Salamiah dan Wan Sharmila sendiri menjadi bualan netizen sehingga ada yang bersetuju pelakon itu menggantikan tempat arwah Siti Sarah sebagai isteri Shuib.

Shuib dan Siti Sarah yang mendirikan rumah tangga pada 2011 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq m4tin, 6, dan Ayash Affan, setahun.

Ayash dilahirkan secara pembed4han tiga hari sebelum Allahy4rham meningg4l dunia ketika usia kandungannya berusia lapan bulan.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber/Kredit : mStar