“Undur Diri..?”- Selepas Hampir 15 Tahun Sebagai Pelakon, Akhirnya Zul Ariffin Dedah Keputusan Ini – Lubuk Viral

Nama aktor bertubuh sasa, Zul Ariffin kerap terpalit kontrovrsi bersama beberapa artis wanita Tanah Air tiap kali mereka bergandingan bersama di mana-mana drama.

Aksi daring yang kadang kala membuatkan peminat kurang selesa telah mencetvskan pelbagai t0hmahan kepadanya walaupun permintaan maaf telah dibuat.

Video ada dibawah sekali..

Semua yang dilakukan atas tuntutan skrip

Disebabkan itu, menerusi laporan dari Media Hiburan, Zul Ariffin menegaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah minta untuk mendvkung mana-mana pelakon wanita yang bekerja dengannya kerana semuanya telah tertulis di dalam skrip.

“Saya kena tegaskan, sepanjang karier saya tak pernah ‘request’ nak dvkung heroin (dalam lakonan). Semuanya daripada skrip atau pun arahan.”

Datang set salam heroin pun tidak

Jelas pelakon berusia 36 tahun itu lagi, dia melakukan bab4k tersebut hanya disebabkan tuntutan kerja dan tidak lebih daripada itu.

Segala kritikan atau salah tafsir netizen kepadanya sudah kerap dilalui sejak dia kerap memegang watak utama dalam mana-mana drama romantik.

“Saya datang set penggambaran, salam heroin pun tidak. Tapi sekarang ini saya dibahanlah (dikritik). Kalau Zul saja mesti ‘dvkung… dukung’.

“Bukanlah dikatakan sebagai mangsa, tetapi itu ‘permainan’ industri. Saya boleh ‘bermain’ mengenai perkara itu, saya tak kisah. Tetapi mampukah pelakon lain ‘bermain’ benda yang sama.

“Sampai berapa lama nak begitu, bolehkah mereka bertahan. Macam contoh apa yang pernah terjadi pada saya beberapa bulan lepas mengenai satu video tular.

“Video berkenaan belum pun lagi ditayangkan di televisyen, hanya di sosial media saya dan sudah dipadam. Tapi ada drama lain yang sudah disunting dan ditayangkan dah pun (bab4k dukvng). Ia lepas.

“Kalau macam tu, boleh cakaplah ‘diaorang pun boleh cakap untuk t0lak, tapi pilih sedap.’ Kenapa cakap begitu pada saya saja.

“Jadi bila ada yang bercakap sedemikian, saya diam sahajalah. Sebab saya jenis yang hormat pelakon lain. Malah orang cakap teruk pada saya pun, saya boleh hormat pada orang lagi,” katanya.

Buat keputusan aktif di layar perak sekarang

Oleh sebab itu, Zul memilih untuk lebih aktif di layar perak berbanding drama. Keputusan tersebut dibuat susulan merasakan ada beberapa pihak di set pengambaran seakan kurang serius walaupun tidak semua berperangai sebegitu.

“Saya ambil keputusan untuk tidak terlalu aktif berlakon drama sebab ada ketikanya mereka yang berada di set tidak begitu serius. Meski tidak semua begitu tetapi ia berlaku.

“Jadi bila saya tengok ‘permainan’ begitu, saya tidak mahu salahkan siapa-siapalah. Jadi saya rasa macam…tak bolehlah. Dah lama dah ‘main game’ ni. Undur diri sekejaplah.

“Apa pun saya bersyukur kerana masih lagi dapat tawaran lakonan selain beberapa projek lain. Saya pun sudah berusia 36 tahun, sudah berlakon bertahun-tahun.

“Sekurang-kurangnya saya saya bertuah kerana ada platform lain yang saya boleh pilih iaitu untuk ke arah filem, naskhah premium dan sebagainya,” katanya lagi.

Terdahulu, gambar dan video-video Zul Ariffin mendukung dan beradegan romantis dengan beberapa artis wanita Tanah Air menerusi drama telah mendapat kritik4n netizen berikutan terlihat sangat berlebihan.

Salah satunya adegan bersama pelakon baru Siti Hariesa dalam sebuah drama yang masih belum ditayangkan di kaca televisyen.

lihat video:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mh