Ramai Tanya Video Pasal Noh Hujan, Sekali Netizen B0ngkar Perkara Ni-“Ramai yang fikir perkara sama”- Lubuk Viral

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, beredar di media sosial berkenaan khabar angin ada video dan gambar kurang sop4n vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh yang ‘bocor’.

Namun begitu, sejak berita tersebut diperkatakan, masih belum ada sebarang kemunculan video-video yang did4kwa oleh beberapa media dan wartawan hiburan tersebar di mana-mana laman sosial sehinggalah berita pencer4ian Noh dan Mizz Nina pula menjadi topik utama.

Padahal takde pun ‘le4k’

Justeru itu, seorang pengguna Twitter telah menyuarakan keraguan tersebut dan membuat spekulasi kemungkinan apa yang dinyatakan adalah salah satu propaganda mahu menjatuhkan imej

Noh Salleh selaku penyanyi terkenal.

Menerusi ciapan yang dibuat oleh @khairizulfadhli, dia memaklumkan andai kita mencari video Noh Hujan, pastinya akan keluar banyak akaun media sosial p4lsu dengan mengatakan bahawa mereka mempunyai video ‘boc0r’ tersebut.

Hakikatnya, tiada satu pun video yang dimaksudkan dan setakat ini hanya ada gambar menunjukan fail tersembunyi ada wajah Noh dan thumbnail video sahaja. Itu juga tidak menjelaskan hal sebenar dan boleh ditukar-tukar.

Noh ada nama besar, mungkin jadi ada yang nak jatuhkan dia

Tambahnya, jika betul ada video-video yang diperkatakan, pasti ia mudah tersebar kerana Noh Salleh adalah satu nama besar dalam industri seni Tanah Air.

Sudah tentu akan ada banyak akaun palsu yang berlumba-lumba berkongsi hal tersebut demi viewers. Hakikatnya, sehingga ke saat ini, satu detik rakaman video-video tersebut masih tidak ada di mana-mana media sosial.

Jadi, dia membuat rangkuman bahawa mungkin ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan penyanyi itu dan dibayar bagi menghebahkan khabar angin tersebut kepada media-media.

Ramai yang fikir perkara sama

Perkongsian pengguna Twitter berkenaan telah mendapat perhatian warganet dan kebanyakannya bersetuju dengan apa yang diperkataan @khairizulfadhli.

Hal ini susulan tiada langsung video yang dimaksudkan dan ini bermakna video atau gambar kurang sopan itu tidak tersebar atau mungkin memang tiada langsung.

Buka link YouTube banyak slang Pakistan

Yang nak minta link tu dah kenapa?

Mungkin ada pihak nak malukan dia

Angin kencang Noh Hujan, Mizz Nina

Itulah kata-kata selamba yang terbutir dari bibir Noh Salleh saat kali pertama diteb4k media tentang spekulasi keretakan rumah tangganya bersama Mizz Nina pada 13 Julai lalu.

Ketika ditemui usai sidang akhbar Konsert 3 Generasi Noh Salleh, Spider dan XPDC sekitar tiga minggu lalu, wajahnya kelihatan bersahaja. Bertemankan vape di jari, dia beraksi ‘cool’ seolah-olah tiada ada pun yang bergoncang di puncak mahligai berusia 11 tahun bersama Nina.

Namun benarlah kata orang, kalau tiada angin masakan pohon bergoyang. Sehinggalah Khamis lalu, segala spekulasi berhubung keberant4kan perkahwinan pasangan kesayangan ramai itu terungkai apabila masing-masing mengesahkan sudah bercer4i pada 4 Ogos lalu.

Seperti lagunya, Angin Kencang yang sarat kec3wa dan pedih jiwa ditinggalkan, perceraian Noh atau nama lengkapnya Mohammad Noh Salleh dan Shazrina Azman, 42, mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat mereka berdua.

Selama ini, kedua-dua mereka saling menunjukkan kasih sayang sebagai pasangan suami isteri yang bahagia sehingga dilabel peminat sebagai pasangan ‘low profile’.

Mereka dilihat saling melengkapi dan menjadi contoh kepada pasangan lain.

Teringat petikan kata-kata oleh Noh ketika melamar isterinya suatu ketika dahulu.

“Saya tiada harta. Tapi jika awak mencari suami yang akan menjaga awak dan membimbing awak ke jalan Allah SWT, insya-Allah saya boleh lakukan,” ucap Noh.

Buktinya cukup nyata. Nina yang dahulunya seorang penyanyi bertaraf antarabangsa dengan imej seksi, tiba-tiba berubah dengan tampil sebagai seorang muslimah selepas sama-sama menunaikan ibadah haji pada 2013.

Ketika hatinya nekad ke jalan Allah SWT, Nina yang ketika itu berada di puncak populariti sebagai penyanyi, perlahan-lahan mengambil keputusan berundur daripada dunia seni hiburan dan cenderung bergiat dalam lapangan amal dan misi kemanusiaan.

Kemanisan dalam rumah tangga Noh dan Nina sangat menyenangkan hati peminat mereka lebih-lebih lagi selepas 11 tahun melayari alam rumah tangga tanpa dikurniakan zuriat.

Mereka tenang setiap kali disoal tentang zuriat. Baik Noh mahupun Nina, mereka tidak pernah berputus asa untuk menimang cahaya mata sendiri dengan melakukan pelbagai usaha termasuk proses rawatan In Vitro Fertilisation.

Hanya setelah beberapa kali berusaha, barulah Nina dan Noh sepakat untuk mengambil seorang anak angkat bernama Musa pada awal Januari lalu. Selama tiga bulan mereka mengunci mulut tentang perkara itu sebelum membuat pengumuman secara terbuka pada Mac 2022.

“Kami sangat bersyukur kepada Allah SWT atas kurniaan yang cukup indah ini. Akhirnya doa kami dimakbulkan.

“Apa yang boleh saya katakan, dia (Musa) sekarang adalah mahram saya. Alhamdulillah,” tulis Nina menerusi Instagramnya tidak lama dahulu.

Bahkan Noh baru-baru ini mengakui, Musa melimpahkan rumah tangga mereka dengan kasih sayang,

Rata-rata peminat gembira dengan kehadiran Musa dalam kehidupan rumah tangga mereka berdua apabila menduga, hubungan antara Nina dan Noh pasti akan semakin erat dengan kehadiran insan itu.

SELEPAS 11 tahun hidup sebagai suami isteri, Noh Hujan Mizz Nina kini membawa haluan sendiri.

Namun, takdir berkata lain. Apabila Allah SWT menginginkannya, tiada siapa yang mampu menghalang.

Difahamkan, setelah memfailkan percerai4n pada 14 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur mereka sah bercer4i dalam satu prosedur di mahkamah sama pada 3 Ogos 2022.

Menurut Noh, keputusan tersebut diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum berpisah secara baik.

“Setelah berusaha dan memikirkan banyak pertimbangan, kami bersetuju untuk berpisah secara baik,” katanya.

Menurutnya, dia dan Nina telah diberkati dengan sebuah perjalanan yang dipenuhi momen indah, jatuh dan bangun bersama.

“Kami akhirnya sepakat untuk berpisah dan membawa haluan sendiri. Alhamdulillah, kami bersyukur kerana berpeluang untuk menjalani kehidupan indah selama 11 tahun dan melalui dugaan, jatuh bangun bersama,” ujarnya.

Mereka berharap tempoh idah ini tidak dicemari dengan perbagai spekulasi yang mengundang fitn4h.

Ada yang beng4ng kot sebab Noh hembus asap vape haritu

Sumber: Twitter @khairizulfadhli

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/