Digelar Messi Malaysia. Skali TMJ Ded4h Berapa Sebenarnya Gaji Arif Aiman Buat Ramai Mcm Tak Percaya- Lubuk Viral

” Tahukah anda berapa gaji Arif Aiman tahun lepas?”

Itu penjelasan pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendedahkan bahawa gaji Arif Aiman Hanapi pada musim lalu hanya RM11,OOO.

Pndedahan itu dibuat ketika Tunku Ismail menjelaskan bagaimana beliau menguruskan JDT dan menetapkan DNA buat Harimau Selatan hingga menjadi kelab yang digeruni ketika ini.

Mnerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Tunku Ismail berkata, semua keputusan kelab dibuat oleh beliau dan beliau juga bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku dalam JDT.

Menurutnya, dari aspek menandatangani pemain, beliau dan jurulatih akan menilai setiap pemain mana yang harus ditandatangani berdasarkan pemain berkenaan boleh mengikuti falsafah atau gaya permainan yang ditetapkan kelab.

” Pengurusan, ini adalah benda paling mustahak dalam kelab bola sepak. Tenaga di bilik persalinan. Buatlah apa pun jika 30 pemain tak nak berlari atau bersungguh-sungguh, kita tidak akan dapat keputusan yang baik.

” Saya kenal setiap pemain dari akademi hingga ke pasukan utama. Saya juga yang membuat keputusan berkenaan kontrak pemain.

” Tahukah anda berapa gaji Arif Aiman tahun lepas? 11 ribu sahaja. Tetapi main bersungguh-sungguh. Kenapa? kerana macam mana saya jaga setiap pemain.

” Contoh bonus, bonus akan diberikan kepada setiap pemain yang memberi 100 peratus dalam latihan dan perlawanan,” tulis Tunku Ismail di ruangan Insta Story miliknya.

Arif Aiman mempamerkan aksi cemerlang musim lalu yang menyaksikan dia dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) selain turut memenangi anugerah Penyerang Terbaik dan Pemain Muda Terbaik.

Selain itu, Tunku Ismail menegaskan bahawa mana-mana individu yang ingin maju dalam menguruskan kelab bola sepak perlu memiliki dua perkara iaitu pengetahuan dan sikap kemanusiaan.

” Saya berhubung dengan jurulatih dan pihak pengurusan setiap hari. Jurulatih akan kongsi strategi dan pemilihan pemain. Saya pula akan minta macam mana saya nak pasukan main dan pemain mana saya rasa sesuai.

” Jurulatih akan buat persiapan dalam latihan mengikut permintaan saya atau apa saya inginkan. Alhamdulillah di JDT kita boleh lihat hasilnya.

” Pihak pengurusan atau jurulatih dapat arahan daripada saya dan jika apa-apa berlaku, baik atau pun buruk saya bertanggungjawab,” jelasnya.

Profil dan biodata Arif Aiman

Arif Aiman Mohd Hanapi merupakan pemain bola sepak dari Malaysia yang kini bermain bersama kelab Johor Darul Takzim FC.

Pada 14 Mac 2020, beliau yang memegang peranan di posisi midfielder, membuat debut dalam skuad senior ketika menentang Felda United dalam perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020.

Berikut adalah biodata beliau;

1) Nama sebenarnya, Arif Aiman Mohd Hanapi.

2) Dilahirkan pada pada 4 Mei 2002, kini berusia 20 tahun,

3) Arif Aiman merupakan kelahiran Pahang tetapi membesar di Batu Pahat Johor. Ibu bapa Arif Aiman pula berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang.

4) Laman sosial Instagramnya atas nama @ariifaiman sehingga kini mencatatkan lebih 173,000 pengikut.

10 fakta menarik Arif Aiman

Sementara itu, berikut adalah fakta menarik tentang Arif Aiman yang ramai tidak tahu.

1) Pemain yang berasal dari negeri Pahang ini mempunyai fizikal tubuh yang berketinggian 170 cm (5 kaki 7 inci).

2) Bakatnya dicungkil sewaktu penyertaan dalam program Mykids 2011/12 sebelum menganggotai skuad yang menjulang kemenangan pada IberCup Costa Del Sol 2015.

3) Asalnya mengasah bakat di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), beliau akhirnya berhijrah ke Akademi Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada hujung 2018 bagi tujuan pengembangan karier dalam beroleh lebih banyak peluang bermain di padang.

4) Terbukti haluan yang dipilih tepat apabila aksinya mempamerkan prestasi cemerlang dalam saingan Piala Belia dan Presiden, mencuri perhatian jurulatih skuad Malaysia B18, Bojan Hodak pada awal 2019.

5) Pada 14 Mac 2020, beliau membuat debut dalam skuad senior ketika menentang Felda United di Stadium Sultan Ibrahim, mewakili JDT untuk perlawanan CIMB Liga Super Malaysia 2020.

6) Pernah mempunyai ketinggian lebih pendek daripada pemain lain di atas padang sewaktu “peringkat pembangunan”, walau bagaimanapun tidak menghalangnya untuk berjuang membuktikan dirinya seorang yang profesional.

7) Arif menyertai skuad utama JDT dengan membuat penampilan sulung dalam pasukan seniornya itu pada Mac 2020, berusia 17 tahun 10 bulan. Di kala pemain seusia dengannya sedang giat bersaing di Piala Presiden atau Piala Belia, Arif ketika itu sudah mampu bersama dengan kelab terbaik di Malaysia.

8) Di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2021 (ABK2021), beliau dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP), penyerang terbaik dan pemain muda terbaik pada edisi berkenaan.

9) Beliau menjadi pemain termuda dalam sejarah anugerah itu yang memenangi gelaran MVP iaitu di usia 19 tahun, diikuti Safawi Rasid yang merangkulnya ketika umur 21 tahun (pada 2018).

10 Mendapat jolokan nama sebagai “Messi Malaysia” kerana sering mempunyai bakat menggelecek dan aksi larian pantas mengatasi pemain lawan.

Sumber:bharian, iluminasi dan IG Arif Aiman.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://www.asiakini.com/