[VIDEO] “Kali Pertama Jejak Kaki, Saya Rasa Inilah ‘Jodoh’ Saya”- Daiyan Trisha beli rumah mewah impian

PETALING JAYA – “Terima kasih Ya Allah, cinta hatiku, Kau sangat baik terhadapku. Menjadikan semua impianku nyata.”

Selepas tiga tahun membeli rumah pertama, pelakon cantik Daiyan Trisha berjaya memiliki kediaman keduanya iaitu unit rumah teres dua tingkat.

Kediaman berkonsepkan minimalis itu kata Daiyan rumah terbabit sangat menepati dengan karakter dan jiwanya.

Demikian nukilan penyanyi dan juga pelakon Daiyan Trisha bagi menggambarkan betapa rasa syukur atas nikmat rezeki yang dikurniakan Tuhan buatnya sehingga mampu membeli sebuah kediaman mewah landed (bertanah).

Daiyan, 27, dalam perkongsian Instagram memuat naik beberapa keping gambar dan video banglo mewah dua tingkat yang dibelinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

“Apabila saya membawa keluarga dan kawan-kawan rapat ke rumah ini atau menunjukkan gambarnya, mereka kata satu perkara ‘rumah ini sangatlah kamu’.

“Dan yang lucunya, saya pun rasakan hal yang sama. Pertama kali saya melangkah masuk ke dalam rumah ini, saya rasa ia ‘jodoh’ saya.

“Seperti ia memang sedang menunggu saya,” kata Daiyan yang akan berkongsi keseluruhan rumah itu apabila sudah berpindah kelak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

Daiyan turut melahirkan rasa syukur apabila impian untuk memiliki kediaman yang menepati citarasanya itu menjadi realiti.

“Rumah idaman saya. Terima kasih ya Allah, cinta hati saya, kamu sangat baik pada saya. Apabila impian saya jadi kenyataan, seperti segala kerja kerasa saya berbaloi, saya sangat gembira!

“Tolong doakan yang baik-baik ya. Semoga saya dan keluarga sentiasa dilindungi,” tambahnya.

Kata Daiyan, mereka melihat kediaman kedua yang dibelinya tersebut sangat dekat dan melambangkan keperibadian serta cita rasa sebenar dirinya.

Daiyan juga turut berkata Masih dalam proses untuk memasukkan perabot dan mengubah suai kediaman berkenaan, Daiyan berjanji kepada peminat untuk berkongsi perihal tersebut dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Daiyan terlebih dahulu membeli rumah pertamanya iaitu jenis kondominium yang terletak di ibu kota pada 2019 hasil mengumpul wang selama dua tahun.

Komen :

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Gempak & Kosmo

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*